Guru Denda murid bermasalah Menghidu Gam Di Sekolah, Cikgu Azizan didakwa di mahkamah

21:24
Seorang warga pendidik akan menghadapi perbicaraan kes mencederakan muridnya di Mahkamah Majistret Seremban, Selasa ini, lapor Harian Metro.
Cikgu Azizan, Penolong Kanan HEM SK Taman Semarak, berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit bersalah.
Difahamkan, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah.
“Tindakan tegas cikgu berkenaan kerana disiplin yang berat dan berulang-ulang seperti menghidu gam di dalam sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi.
“Tujuan cikgu tersebut adalah untuk mendidik. PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa seperti ini akan menyebabkan kes disiplin menjadi lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak akibat daripada ketakutan dan kerisauan cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin anak-anak,” kata YDP PIGB SK Taman Semarak dalam Telegram.

Terdahulu pada 31 Oktober lalu, Cikgu Azizan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut dan diikat jamin RM500.
Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Negeri Sembilan, Abu Hurairah Suak berkata, pihaknya akan memberi bantuan guaman kepada Cikgu Azizan.
Selain itu, dalam satu memo yang dikeluarkan Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, memohon semua guru di seluruh Malaysia memberi sokongan moral terhadap Cikgu Azizan pada 19 Disember ini di Mahkamah Majistret Seremban 2A.

‘Kesiannya, Kurang Kasih Sayang Ayah Ke?’ – (Video) ‘Mesra’ Dengan Ayah Dikecam, Ini Respon Win Emma Maembong. Cute Emma Layan Ayah Dia!!

20:14


Siapa disini meminati pelakon comel Emma Maembong? Jika korang salah seorang peminatnya, mesti tahu Emma sangat rapat dan mesra dengan ayah serta adik beradiknya. Boleh dikatakan memang havoc dan cerialah keluarga mereka ini kan. Tambahan pula, bapa Emma sangat sporting dan sentiasa menyokong perjalanan seni anak gadisnya ini.
Di instagram, Emma nampaknya sedang bercuti dengan ahli keluarganya. Memang terharu tengok layanan Emma terhadap ayahnya ini kan? Namun, ada juga yang tidak senang dengan ‘kemesraan’ yang ditunjukkan Emma. Kata netizen, bukan begitu cara nak tunjukkan kasih sayang. Eh kenapa pula?

Hi ayoh, jalan-jalan pergi mana tu?
Menurut Emma, dia berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama ayah tersayang. Meskipun hanya dua hari, dia sangat menghargai masa-masa mereka bersama. Untung betul ayoh dapat anak macam Emma ini kan?
‘Bangun-bangun dah pukul 4 ni’
Komen netizen





Apa pendapat korang? Bagi admin tak salah pun cara Emma bermanja macam itu, nampak mesra sangat-sangat kan. Lagipun berapa ramai orang diluar sana jika diberi peluang nak bermanja macam ini semula dengan ibubapa masing. Jadi hargailah mereka selagi ada.
sumber : ig Emma Maeombong

‘Kesiannya, Kurang Kasih Sayang Ayah Ke?’ – (Video) ‘Mesra’ Dengan Ayah Dikecam, Ini Respon Win Emma Maembong. Cute Emma Layan Ayah Dia!!

20:07


Siapa disini meminati pelakon comel Emma Maembong? Jika korang salah seorang peminatnya, mesti tahu Emma sangat rapat dan mesra dengan ayah serta adik beradiknya. Boleh dikatakan memang havoc dan cerialah keluarga mereka ini kan. Tambahan pula, bapa Emma sangat sporting dan sentiasa menyokong perjalanan seni anak gadisnya ini.
Di instagram, Emma nampaknya sedang bercuti dengan ahli keluarganya. Memang terharu tengok layanan Emma terhadap ayahnya ini kan? Namun, ada juga yang tidak senang dengan ‘kemesraan’ yang ditunjukkan Emma. Kata netizen, bukan begitu cara nak tunjukkan kasih sayang. Eh kenapa pula?

Hi ayoh, jalan-jalan pergi mana tu?
Menurut Emma, dia berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama ayah tersayang. Meskipun hanya dua hari, dia sangat menghargai masa-masa mereka bersama. Untung betul ayoh dapat anak macam Emma ini kan?
‘Bangun-bangun dah pukul 4 ni’
Komen netizen




Apa pendapat korang? Bagi admin tak salah pun cara Emma bermanja macam itu, nampak mesra sangat-sangat kan. Lagipun berapa ramai orang diluar sana jika diberi peluang nak bermanja macam ini semula dengan ibubapa masing. Jadi hargailah mereka selagi ada.
sumber : ig Emma Maeombong

Misteri Membawa Tuah, The Sacred Riana Juara Asia’s Got Talent Musim Ke-2, 3 Foto Wajah Sebenar Riana Yang Ramai Tak Tahu!!

09:44

Orangnya misteri dan cukup menakutkan. Dengan mengenakan pakaian seragam pinafore setiap minggu dan tidak mengeluarkan dialog yang terlalu banyak, Riana telah menunjukan auranya tersendiri hingga dinobatkan sebagai juara Asia Got Talent musim kedua.
MH masih ingat lagi hari pertama gadis yang berasal daripada Indonesia yang terkenal dengan gelaran The Sacred Riana datang audituion di pertandingan ini.
Memang tidak dinafikan menakutkan betul! Tak percaya? Tengok sendiri video di bawah…
Dengan hanya mengerakkan kepala dan langsung tidak memberi apa-apa ekspresi pada penonton mahupun juri, Riana sering memukau orang ramai dengan teknik dan trick silap matanya.
Ini antara persembahan Riana yang cukup memukau dan mampu buat sesiapa sahaja meremang bila menontonya…
Buat yang sering mengikuti perkembangan program ini pasti korang semua dah biasa dan tahu sikap Riana bagaimana.
Ya, dia memang langsung tidak bercakap dengan orang kelilingnya, namun jangan tidak tahu, Riana ini sebenarnya memang cantik dan manis!
Namun untuk Asia’s Got Talent Riana seragamkan pakaiannya dan lebih ‘in character’ dengan rambut lurusnya. Oleh kerana penampilan dan gaya persembahan yang berbeza, Riana mampu meyakinkan penonton, seni persembahan itu cukup subjektif.
Riana telah membawa pulang hadiah utama bernilai USS100,000 hasil undian orang ramai dan dinobatkan sebagai juara musim ke-2 Asia’s Got Talent.
Okay tak nak cakap banyak, jom tengok persembahan di malam finale yang menjadi sebutan orang ramai.

Sah ! Abam Bocey akan berkahwin 8 Disember ini. Cantiknya Bakal Wife Dia!!

Sah ! Abam Bocey akan berkahwin 8 Disember ini. Cantiknya Bakal Wife Dia!!

07:19


Pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu Abam akhirnya bakal mengikuti langkah Fad dan Achey.
Abam akhirnya membuat pengakuan dan mengumumkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.
Tarikh yang dipilih ialah 8 Disember, ya betul, bulan Disember depan, tidak sampai sebulan lagi.Memang pandai Abam menyimpan rahsia dan menyembunyikan hubungannya dengan gadis pilihan yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor ini.
Dari laporan BHarian, Abam Bocey sebelum ini pernah putus dengan gadis tersebut.
Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak.
Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Tentang majlis, menrusi laporan BHarian,majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Disember di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam.
Selepas itu, majlis resepsi antara Abam dan pengantin perempuan akan diadakan pada keesokan harinya (9 Disember).
Kemudiannya, majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada bulan januari tahun depan di Gombak.
Abam memang pernah merancangan untuk akhiri zaman bujang sebelum berumur 30 tahun, dan akhirnya ianya akan tercapai bulan depan.
Ini keratan akhbar laporan Abam bakal bernikah:
Dalam pada itu, Abam menyatakan bahawa dia akan membawa ibunya dan bakal isteri tinggal bersama.
Ini komen Abam:
“Saya kumpul harta dulu sebelum kahwin. Kemudian saya akan bawa ibu dan bakal isteri tinggal ke rumah tersebut. Siapa lagi kalau nak harapkan untuk bahagiakan ibu selain anak sendiri”
Memang seorang anak yang baik Abam ini.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Abam yang bakal bernikah pada bulan depan. Memang tak sabar nak lihat Abam naik pelamin.
Sehingga kini, masih belum ada gambar bakal isteri Abam ini. Dengar kata orang yang pernah lihat, cantik orangnya..Tunggu!
Akhirnya Abam Bocey Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Sabah Ini….Cantiknya,,Bertuah Abam..
Pelawak popular yang menggunakan tagline ‘Gemuk Is Awesome’ iaitu Abam Bocey dah lama membujang.. Disebabkan faktor bentuk fizikalnya yang agak besar, Abam sudah beberapa kali dikecewakan apabila melibatkan kisah cinta.. Ada yang bercinta sebab nak main-mainkan perasaanya..
Sudah mula popular dalam industri hiburan, banyak wanita yang cuba dekati Abam.. Niat sebenar wanita-wanita mula nak dekati Abam tak tahu la.. Mungkin sebab duit la kot, jadi artis memang poket tebal.. Setiap kali dapat tawaran memang pelawak akan dapat jumlah wang yang banyak..
Tahun lalu Abam maklumkan dia sedang mengenali hati budi seorang gadis yang berasal dari Sabah, gadis itu turut disenangi oleh keluarganya.. Nama dah wajah gadis itu tak didedahkan oleh Abam, tapi Abam akui selesa berkawan dengan gadis itu..
Sudah hampir setahun mengenali gadis Sabah itu, Abam ditanya tentang hasrat untuk mendirikan rumahtangga.. Dah kenal lama takkan tak ada keinginan nak bawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius, ye dok? Abam maklum  dah mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang terdekat dengan gadis Sabah itu..
Sama ada dalam tahun ini atau tahun depan tidak didedahkan.. Abam akan berkahwin selepas bawa ibunya menunaikan umrah.. Kalau  tengok Abam dah bawa ibunya tunaikan umrah tunggu jelah Abam umumkan tarikh kahwin dah tak lama lagi la tu Abam akan kahwin..hehehe.
Sumber : Berita Harian
Sayu : Tiga beradik yatim piatu sekelip mata .. Ibu kejut tidur cium kami sebelum balik KL (6Gambar)

Sayu : Tiga beradik yatim piatu sekelip mata .. Ibu kejut tidur cium kami sebelum balik KL (6Gambar)

23:15
Setiawan : “Ketika opah kejut beritahu mama, papa dan adik sudah tiada, saya hanya terdiam, dengar semua dalam rumah menangis.
“Kali terakhir jumpa mama pagi tadi sebelum mama nak balik. Mama cium kami dan kata ‘mama balik dulu’.
Dalam kejadian 4.30 pagi hari ini, tiga beranak itu maut dalam kemalangan di Kilometer 21 Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan, Sitiawan.
Nahas itu menyebabkan Muhammad Daris Wafiy dan dua lagi adiknya, Muhammad Daris Rayyan, 9, dan Muhammad Daris Amsyar, 5, yatim piatu sekelip mata.
Menurut Muhammad Daris, selepas dikejutkan dari tidur oleh ibunya dan bersalaman, dia dan Muhammad Daris Rayyan tidur semula.
“Sejam selepas itu, tiba-tiba opah datang kejut kami beritahu mama, papa dan adik sudah tiada,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir, hari ini.
Menurutnya, dia memilih untuk tinggal bersama datuk (ayah bapanya), Nadzim Mohd Taib dan bersekolah di Sitiawan.
Sementara itu, Nadzim, 68, berkata dia dan isteri akan menjaga dan menguruskan persekolahan tiga cucunya itu.
Menurutnya, menjadi kebiasaan Sairulazuwan, anak ketiga daripada lima beradik itu menghantar semua anak-anak ke rumahnya setiap kali cuti persekolahan.
“Mama pesan pada saya supaya tengokkan adik-adik,” kata Muhammad Daris Wafiy Sairulazuwan, 10, anak sulung Sairulazuwan Nadzim,37, dan Azilina Abdul Aziz, 37, yang maut bersama Muhammad Daris Iffat, tiga bulan. Al fatihah