Guru Denda murid bermasalah Menghidu Gam Di Sekolah, Cikgu Azizan didakwa di mahkamah

21:24
Seorang warga pendidik akan menghadapi perbicaraan kes mencederakan muridnya di Mahkamah Majistret Seremban, Selasa ini, lapor Harian Metro.
Cikgu Azizan, Penolong Kanan HEM SK Taman Semarak, berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit bersalah.
Difahamkan, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah.
“Tindakan tegas cikgu berkenaan kerana disiplin yang berat dan berulang-ulang seperti menghidu gam di dalam sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi.
“Tujuan cikgu tersebut adalah untuk mendidik. PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa seperti ini akan menyebabkan kes disiplin menjadi lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak akibat daripada ketakutan dan kerisauan cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin anak-anak,” kata YDP PIGB SK Taman Semarak dalam Telegram.

Terdahulu pada 31 Oktober lalu, Cikgu Azizan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut dan diikat jamin RM500.
Sementara itu, Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Negeri Sembilan, Abu Hurairah Suak berkata, pihaknya akan memberi bantuan guaman kepada Cikgu Azizan.
Selain itu, dalam satu memo yang dikeluarkan Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, memohon semua guru di seluruh Malaysia memberi sokongan moral terhadap Cikgu Azizan pada 19 Disember ini di Mahkamah Majistret Seremban 2A.

‘Kesiannya, Kurang Kasih Sayang Ayah Ke?’ – (Video) ‘Mesra’ Dengan Ayah Dikecam, Ini Respon Win Emma Maembong. Cute Emma Layan Ayah Dia!!

20:14


Siapa disini meminati pelakon comel Emma Maembong? Jika korang salah seorang peminatnya, mesti tahu Emma sangat rapat dan mesra dengan ayah serta adik beradiknya. Boleh dikatakan memang havoc dan cerialah keluarga mereka ini kan. Tambahan pula, bapa Emma sangat sporting dan sentiasa menyokong perjalanan seni anak gadisnya ini.
Di instagram, Emma nampaknya sedang bercuti dengan ahli keluarganya. Memang terharu tengok layanan Emma terhadap ayahnya ini kan? Namun, ada juga yang tidak senang dengan ‘kemesraan’ yang ditunjukkan Emma. Kata netizen, bukan begitu cara nak tunjukkan kasih sayang. Eh kenapa pula?

Hi ayoh, jalan-jalan pergi mana tu?
Menurut Emma, dia berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama ayah tersayang. Meskipun hanya dua hari, dia sangat menghargai masa-masa mereka bersama. Untung betul ayoh dapat anak macam Emma ini kan?
‘Bangun-bangun dah pukul 4 ni’
Komen netizen





Apa pendapat korang? Bagi admin tak salah pun cara Emma bermanja macam itu, nampak mesra sangat-sangat kan. Lagipun berapa ramai orang diluar sana jika diberi peluang nak bermanja macam ini semula dengan ibubapa masing. Jadi hargailah mereka selagi ada.
sumber : ig Emma Maeombong

‘Kesiannya, Kurang Kasih Sayang Ayah Ke?’ – (Video) ‘Mesra’ Dengan Ayah Dikecam, Ini Respon Win Emma Maembong. Cute Emma Layan Ayah Dia!!

20:07


Siapa disini meminati pelakon comel Emma Maembong? Jika korang salah seorang peminatnya, mesti tahu Emma sangat rapat dan mesra dengan ayah serta adik beradiknya. Boleh dikatakan memang havoc dan cerialah keluarga mereka ini kan. Tambahan pula, bapa Emma sangat sporting dan sentiasa menyokong perjalanan seni anak gadisnya ini.
Di instagram, Emma nampaknya sedang bercuti dengan ahli keluarganya. Memang terharu tengok layanan Emma terhadap ayahnya ini kan? Namun, ada juga yang tidak senang dengan ‘kemesraan’ yang ditunjukkan Emma. Kata netizen, bukan begitu cara nak tunjukkan kasih sayang. Eh kenapa pula?

Hi ayoh, jalan-jalan pergi mana tu?
Menurut Emma, dia berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat menghabiskan masa bersama ayah tersayang. Meskipun hanya dua hari, dia sangat menghargai masa-masa mereka bersama. Untung betul ayoh dapat anak macam Emma ini kan?
‘Bangun-bangun dah pukul 4 ni’
Komen netizen




Apa pendapat korang? Bagi admin tak salah pun cara Emma bermanja macam itu, nampak mesra sangat-sangat kan. Lagipun berapa ramai orang diluar sana jika diberi peluang nak bermanja macam ini semula dengan ibubapa masing. Jadi hargailah mereka selagi ada.
sumber : ig Emma Maeombong

Misteri Membawa Tuah, The Sacred Riana Juara Asia’s Got Talent Musim Ke-2, 3 Foto Wajah Sebenar Riana Yang Ramai Tak Tahu!!

09:44

Orangnya misteri dan cukup menakutkan. Dengan mengenakan pakaian seragam pinafore setiap minggu dan tidak mengeluarkan dialog yang terlalu banyak, Riana telah menunjukan auranya tersendiri hingga dinobatkan sebagai juara Asia Got Talent musim kedua.
MH masih ingat lagi hari pertama gadis yang berasal daripada Indonesia yang terkenal dengan gelaran The Sacred Riana datang audituion di pertandingan ini.
Memang tidak dinafikan menakutkan betul! Tak percaya? Tengok sendiri video di bawah…
Dengan hanya mengerakkan kepala dan langsung tidak memberi apa-apa ekspresi pada penonton mahupun juri, Riana sering memukau orang ramai dengan teknik dan trick silap matanya.
Ini antara persembahan Riana yang cukup memukau dan mampu buat sesiapa sahaja meremang bila menontonya…
Buat yang sering mengikuti perkembangan program ini pasti korang semua dah biasa dan tahu sikap Riana bagaimana.
Ya, dia memang langsung tidak bercakap dengan orang kelilingnya, namun jangan tidak tahu, Riana ini sebenarnya memang cantik dan manis!
Namun untuk Asia’s Got Talent Riana seragamkan pakaiannya dan lebih ‘in character’ dengan rambut lurusnya. Oleh kerana penampilan dan gaya persembahan yang berbeza, Riana mampu meyakinkan penonton, seni persembahan itu cukup subjektif.
Riana telah membawa pulang hadiah utama bernilai USS100,000 hasil undian orang ramai dan dinobatkan sebagai juara musim ke-2 Asia’s Got Talent.
Okay tak nak cakap banyak, jom tengok persembahan di malam finale yang menjadi sebutan orang ramai.

Sah ! Abam Bocey akan berkahwin 8 Disember ini. Cantiknya Bakal Wife Dia!!

Sah ! Abam Bocey akan berkahwin 8 Disember ini. Cantiknya Bakal Wife Dia!!

07:19


Pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu Abam akhirnya bakal mengikuti langkah Fad dan Achey.
Abam akhirnya membuat pengakuan dan mengumumkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.
Tarikh yang dipilih ialah 8 Disember, ya betul, bulan Disember depan, tidak sampai sebulan lagi.Memang pandai Abam menyimpan rahsia dan menyembunyikan hubungannya dengan gadis pilihan yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor ini.
Dari laporan BHarian, Abam Bocey sebelum ini pernah putus dengan gadis tersebut.
Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak.
Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.
Tentang majlis, menrusi laporan BHarian,majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Disember di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam.
Selepas itu, majlis resepsi antara Abam dan pengantin perempuan akan diadakan pada keesokan harinya (9 Disember).
Kemudiannya, majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada bulan januari tahun depan di Gombak.
Abam memang pernah merancangan untuk akhiri zaman bujang sebelum berumur 30 tahun, dan akhirnya ianya akan tercapai bulan depan.
Ini keratan akhbar laporan Abam bakal bernikah:
Dalam pada itu, Abam menyatakan bahawa dia akan membawa ibunya dan bakal isteri tinggal bersama.
Ini komen Abam:
“Saya kumpul harta dulu sebelum kahwin. Kemudian saya akan bawa ibu dan bakal isteri tinggal ke rumah tersebut. Siapa lagi kalau nak harapkan untuk bahagiakan ibu selain anak sendiri”
Memang seorang anak yang baik Abam ini.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Abam yang bakal bernikah pada bulan depan. Memang tak sabar nak lihat Abam naik pelamin.
Sehingga kini, masih belum ada gambar bakal isteri Abam ini. Dengar kata orang yang pernah lihat, cantik orangnya..Tunggu!
Akhirnya Abam Bocey Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Sabah Ini….Cantiknya,,Bertuah Abam..
Pelawak popular yang menggunakan tagline ‘Gemuk Is Awesome’ iaitu Abam Bocey dah lama membujang.. Disebabkan faktor bentuk fizikalnya yang agak besar, Abam sudah beberapa kali dikecewakan apabila melibatkan kisah cinta.. Ada yang bercinta sebab nak main-mainkan perasaanya..
Sudah mula popular dalam industri hiburan, banyak wanita yang cuba dekati Abam.. Niat sebenar wanita-wanita mula nak dekati Abam tak tahu la.. Mungkin sebab duit la kot, jadi artis memang poket tebal.. Setiap kali dapat tawaran memang pelawak akan dapat jumlah wang yang banyak..
Tahun lalu Abam maklumkan dia sedang mengenali hati budi seorang gadis yang berasal dari Sabah, gadis itu turut disenangi oleh keluarganya.. Nama dah wajah gadis itu tak didedahkan oleh Abam, tapi Abam akui selesa berkawan dengan gadis itu..
Sudah hampir setahun mengenali gadis Sabah itu, Abam ditanya tentang hasrat untuk mendirikan rumahtangga.. Dah kenal lama takkan tak ada keinginan nak bawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius, ye dok? Abam maklum  dah mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam tempoh yang terdekat dengan gadis Sabah itu..
Sama ada dalam tahun ini atau tahun depan tidak didedahkan.. Abam akan berkahwin selepas bawa ibunya menunaikan umrah.. Kalau  tengok Abam dah bawa ibunya tunaikan umrah tunggu jelah Abam umumkan tarikh kahwin dah tak lama lagi la tu Abam akan kahwin..hehehe.
Sumber : Berita Harian
Sayu : Tiga beradik yatim piatu sekelip mata .. Ibu kejut tidur cium kami sebelum balik KL (6Gambar)

Sayu : Tiga beradik yatim piatu sekelip mata .. Ibu kejut tidur cium kami sebelum balik KL (6Gambar)

23:15
Setiawan : “Ketika opah kejut beritahu mama, papa dan adik sudah tiada, saya hanya terdiam, dengar semua dalam rumah menangis.
“Kali terakhir jumpa mama pagi tadi sebelum mama nak balik. Mama cium kami dan kata ‘mama balik dulu’.
Dalam kejadian 4.30 pagi hari ini, tiga beranak itu maut dalam kemalangan di Kilometer 21 Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan, Sitiawan.
Nahas itu menyebabkan Muhammad Daris Wafiy dan dua lagi adiknya, Muhammad Daris Rayyan, 9, dan Muhammad Daris Amsyar, 5, yatim piatu sekelip mata.
Menurut Muhammad Daris, selepas dikejutkan dari tidur oleh ibunya dan bersalaman, dia dan Muhammad Daris Rayyan tidur semula.
“Sejam selepas itu, tiba-tiba opah datang kejut kami beritahu mama, papa dan adik sudah tiada,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir, hari ini.
Menurutnya, dia memilih untuk tinggal bersama datuk (ayah bapanya), Nadzim Mohd Taib dan bersekolah di Sitiawan.
Sementara itu, Nadzim, 68, berkata dia dan isteri akan menjaga dan menguruskan persekolahan tiga cucunya itu.
Menurutnya, menjadi kebiasaan Sairulazuwan, anak ketiga daripada lima beradik itu menghantar semua anak-anak ke rumahnya setiap kali cuti persekolahan.
“Mama pesan pada saya supaya tengokkan adik-adik,” kata Muhammad Daris Wafiy Sairulazuwan, 10, anak sulung Sairulazuwan Nadzim,37, dan Azilina Abdul Aziz, 37, yang maut bersama Muhammad Daris Iffat, tiga bulan. Al fatihah

Remaja 17 Tahun Enggan Keluar Solat Jumaat Kerana Takut Rindukan Isteri 71 Tahun!!!

06:25
Kini Selamat sekali lagi mendapat perhatian apabila dia dikatakan enggan keluar rumah untuk menunaikan solat Jumaat kerana takut merindukan isterinya itu.
Saban hari, kisah pecintaan selamat 17 dengan isteri rohaya 71 terus saja menjadi perbincangan hangat dilaman media sosial.
Ada-ada saja kisah menarik pasangan suami isteri ini selepas menjalani bahtera rumah tangga.
Selamat yang masih remaja dan ke kanak kanakan kerap harus di ingatkan oleh isterinya rohaya bagaimana menjadi suami yang baik dan menjadi pemimpin keluarga.
Dalam temu bual baru-baru ini rohaya mendedahkan bahwa sikap suaminya itu kadang membuatnya geram,kejadian itu bermula selepas akad nikal awal bulan ini.
Selepas akad nikah,penghulu mengigatkan dan memberi nasihat agar selamat menjadi orang yang baik dan menjalani perintah agama.
DiariDunia.com
“Disuruh rajin solat,jika hari jumaat pergi kemasjid”ujar rohaya.
Namun apa yang membuat rohaya geram,apabila selamat masih menunjukkan sikap manja bak tak ingin berpisah dengan isteri selamat malah mengajak isterinya ikut sekali solat jumaat.
Bagaimanapun rohaya menjelaskan bahwa dirinya itu perempuan namun selamat berkeras hanya dengan alasan takut rindu apabila terlalu lama di dalam masjid.
sumber diari dunia

TETAPI DIA MASIH BUAT HAL !

Rumah Tangga Bakal Musnah? Nenek Rohaya Terlantar Sakit Lepas Selamat Kantoi Berpesta Sakan Dengan Gadis Lain

Pasangan viral, Selamat 16 dan Rohaya kini sedang dilanda isu yang kurang sedap di dengar, dimana kemesraan dan kebahagian pasangan pengantin baru ini mulai musnah akibat orang ke tiga.
Terbaru Selamat telah kantoi berjoli dengan gadis dalam keadaan m4buk disebuah majlis kahwin di kampungnya, Dusun 1 Desa Karangendah Kecamatan Lengkiti Kabupaten Ogan Komering Ulu Propinsi Sumatera Selatan.
Selain daripada itu nenek Rohaya dikhabarkan jatuh sakit dan terbaring lemah di atas lantai, bunyi nafasnya seperti bunyi orang mengerang kesakitan yang teramat sangat.
Wajah nenek Rohaya kelihatan pucat dan tidak cerita seperti selalu. Sebaik pulang dari Jakarta, nenek tiga cucu ini, mengeluhkan batuk, selsema dan mengalami demam panas. Selain itu nenek Rohaya juga mengeluhkan sakit yang dialaminya selama ini semakin teruk.
Nenek Rohaya juga tidak terlalu banyak bercakap, saat tidur terdengar suara nenek Rohaya seperti mengerang menandakan badannya tidak sihat seperti selalu.
Walaupun sedang menderita dengan sakit ini, nenak Rohaya tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri, beliau sanggup bangun seawal jam 04.00 pagi untuk menyediakan sarapan buat suaminya, Selamat.
Mengikut berita yang diterima, beberapa hari sebelum ini Selamat dikatakan bertengkar dengan isterinya akibat kehadiran orang ketiga. Selepas pertengkaran itu nenek Rohaya mulai jatuh sakit.
Namun begitu, selepas Selamat dirakam mabuk dan berjoli dengan gadis muda dalam majlis itu,selamat kini dilihat rajin ke masjid pula, malahan dia sudah mulai mengumandangkan azan.
Adakah ini salah satu lakonan Selamat ?
Mungkin Selamat berkahwin dengan nenek Rohaya hanya kerana wang semata-mata. Jika anda ingin menonton video yang dirakam, boleh klik di bawah dan tonton video dibawah.
>
Posted in: >Gedebak Dunia

Ini Komen ‘MEMBINA’ Che Ta Kepada Fazura Selepas Bernikah Dengan Fattah Amin .. Ada Betol Gak Apa Che Ta Cakap Ni

23:22

Semalam, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita gembira pelakon Fattah Amin dan Fazura sudah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Pernikahan itu juga mendapat perhatian Che Ta yang memberikan sedikit nasihat kepada Fazura yang bersuamikan lelaki muda.
Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza. Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain.
Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama. Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti.
Terdahulu, Fattah dan Fazura menerusi satu sidang media khas memberitahu mereka masih lagi menguruskan dokumen pernikahan mereka dan bakal menghadiri kursus kahwin. Mereka merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini dan akan mengadakan dua majlis resepsi pada tahun depan khas untuk keluarga, rakan media dan peminat.
Ini yang dinamakan jodoh, siapa sangka mereka bernikah lebih awal bukan? Ramai yang mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura dan menantikan kenyataan rasmi daripada mereka berdua pula.
Sumber Berita : mStar Online via BeautifulNara

Fattah Amin, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri



KUALA LUMPUR 27 Nov. – Dengan sekali lafaz, Nur Fazura Sharifuddin sah bergelar isteri kepada aktor Fattah Amin.
Pasangan berkenaan bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel mewah di sini pada pukul 9.50 malam.
Hanya keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak sahaja yang diundang ke majlis pernikahan mereka.
Fattah dan Fazura menjadi tumpuan media sejak dua minggu lalu selepas khabar angin pernikahan mereka diperkatakan secara meluas sejurus sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci pada minggu lalu dengan ditemani keluarga masing-masing.
Sebaik tiba dari Mekah pada Khamis lalu, Fattah dan Fazura mengadakan sidang akhbar menafikan mereka sudah bernikah.
Sebaliknya, pasangan itu hanya mengumumkan yang mereka telah melangsung pertunangan di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor. – UTUSAN ONLINE
SUMBER :https://www.utusan.com.my/hiburan/fattah-fazura-bernikah-sebentar-tadi-1.561900
NotaKaki: Tahniah buat fazura dan fattah amin, semoga kekal till jannah – ikhlas dari Team GedebakViral
Pengakuan Mira Filzah Buat Zizan Tersenyum Lebar. Taniah Zizan Razak Semoga Bakal Akhiri Zaman Bujang, Semoga Berbahagia Selalu

Pengakuan Mira Filzah Buat Zizan Tersenyum Lebar. Taniah Zizan Razak Semoga Bakal Akhiri Zaman Bujang, Semoga Berbahagia Selalu

02:36

RASANYA teknik pura-pura mesra di laman sosial untuk menaikkan ratingdrama lakonan ni sudah boleh dihentikan kut. Ya lah, bila dilihat terlalu mesra sehingga ada yang bergosip, tahu pula rimas.Gosip percintaan di antara Mira Filzah dan Zizan Razak telah lama berlarutan apabila masing-masing sering memuat naik gambar mesra bersama.
Walaupun begitu, mereka berdua tidak pernah menjelaskan hubungan sebenar mereka dan terus membuat peminat berteka-teki.
Namun, oleh kerana enggan memberi harapan palsu kepada peminat yang mendoakan, Mira tegas memberitahu cintanya bukanlah kepada Zizan.
“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta.
“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,” katanya, lapor sebuah akhbar mingguan.
Menyatakan dia faham peminat mahukan mereka berdua bersatu, namun kata Mira dia yakin benar hubungan yang diharap-harapkan peminat itu tidak akan menjadi realiti kerana Mira akui dia tidak mempunyai walau sekelumit pun perasaan terhadap zizan.
Terdahulu, heboh hubungan pasangan ini diperkatakan ramai malah rata-rata peminat juga sangat suka melihat kelibat mereka bersama.