Cara Bagaimana Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Kemiskinan?

10:48
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan. Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?” Lelaki...

GAYA HIDUP · SUZARDI MAULAN (PAKDI) · 3 NOV 2014

Lelaki Padang Pasir
Gambaran lelaki ansar bersama untanya yang hidup miskin. [Alexandros]
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.
Baginda saw pun bertanya,
“Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab,
“Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai lagi, kami hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata,
“Bawa kedua-duanya kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai,
“Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab,
“Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali,
“Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab,
“Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata,
“Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata,
“Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham.
Rasulullah saw pun berkata,
“Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat.
Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

8 comments

Bermaksud peminta sedekah yang selalu meminta2 di meja makan atau lain2 adalah tidak elok. Seharusnya dia berusaha untuk mencari altenatif lain supaya dapat perbelanjaan sendiri tidak meminta sedekah. Kecuali yang sgt daif ataupun sakit. Betul?

Balas

Rasulullah SAW orang yg sangat logis. kja-abdulghoni.com

Balas

Subhanallah
http://akucintaitalia.blogspot.in/2015/09/a-history-of-my-ninja-150.html

Balas

Tangan di atas lebih baik dri pada tangan di bawah 👍

Balas

Mari kita terus saling mengigatkan satu sama lain.

Balas

Allahuma sholi ala Muhammad

Balas

Banyak yg dah pnya keluarga tp msh minta makan orang tua terus,,,, kyknya jg sama dengan peminta2

Balas