Rosmah terkejut tidak percaya jumlah rampasan yang polis umum, kata Najib

22:20

Datuk Seri Najib Razak mendakwa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri terkejut dengan jumlah rampasan yang diumum pihak polis pada sidang media khas semalam.
Bercakap dalam wawancara eksklusif di pejabat portal berita Malaysiakini, bekas Presiden Umno itu berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barang kemas dan barangan lain yang dimiliki Rosmah.
“Saya fikir penilaian itu… dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia dikirim.
“Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” dipetik dari Malaysiakini.
Bekas Perdana Menteri selama sembilan tahun sebelum partinya kalah teruk pada PRU-14 itu turut mendakwa, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik isterinya.
Bahkan, jelasnya, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa beserta suami serta ibu mertuanya.
Untuk rekod, Nooryana Najwa Najib berkahwin dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev ketika masing-masing berusia 27 tahun pada 2015. Majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pernah mengundang kontroversi termasuk larangan kepada tetamu untuk membuat rakaman.
Walau bagaimanapun, beberapa foto yang tersebar di Facebook menyaksikan suasana majlis berlangsung begitu mewah. Malah, Mahathir pernah mendakwa perbelanjaan bagi hiasan bunga-buangan sahaja mencecah RM3 juta.
Semalam, rakyat Malaysia gempar apabila polis mendedahkan nilai barangan rampasan di enam premis yang dikaitkan dengan Najib pada bulan lalu berjumlah RM1.1 bilion.
Jumlah tersebut melibatkan wang tunai dari pelbagai negara bernilai RM116.7 juta, 567 beg tangan (RM51.3 juta), 423 jam tangan (RM78 juta), 234 kacamata (RM374,000) dan 12,000 barang kemas dengan nilai RM440 juta.
Mengulas lanjut tentang rampasan itu, Najib berkata, pemilik barang kemas yang menghantar barangan itu kepada pihaknya untuk tujuan tontonan kini menuntut supaya barangan tersebut dipulangkan semula.
“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu,” katanya yang sedang berdepan skandal menggemparkan dunia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tambahnya, selepas senarai barangan disita itu diperiksa, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira antaranya seperti tarikh pembelian dan harga sesebuah batu yang perlu dinilai terlebih dahulu.
Najib turut menyebut tentang isteri bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama ketika ditanya tentang adakah beretika apabila seseorang yang mempunyai jawatan menerima hadiah yang berharga.
Ujarnya, Michelle turut menerima hadiah berjumlah berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Sumber : malaysiadateline.com

LELAKI TAHAN KERETA DAN MENGAKU KERJA KDN. INI JAWAPAN RASMI DARI KDN SENDIRI

23:30



KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memandang serius dua klip video yang tular di media sosial sejak kelmarin mengenai insiden pertengkaran di lebuh raya membabitkan seorang individu dalam video itu mendakwa dirinya dari kementerian itu.
KDN dalam satu kenyataan berkata, kementerian berkenaan sudah mengenal pasti individu terbabit dan mendapati beliau adalah Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dilantik pada Februari 2015.
“Siasatan mendapati beliau digantung dari jawatan itu dan disiasat kerana kesalahan salah guna kuasa pada Mei 2017.
“Sehubungan itu, KDN memohon agar pihak terbabit untuk tampil membuat laporan polis supaya tindakan selanjutnya untuk menyiasat individu berkenaan boleh dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Menurut kenyataan itu, KDN sudah memanjangkan klip video berkenaan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
“KDN ingin mengingatkan warga KDN atau mana-mana individu agar tidak menyalahgunakan nama KDN untuk kepentingan sendiri,” katanya.
Video penuh di akhir posting ini :
Sejak kelmarin, tular di media sosial dua video dirakam dari dalam kereta mendakwa dihalang kenderaan di depan sambil dihimpit kenderaan pelbagai guna (MPV) di sebelah kiri di lebuh raya.
Dalam klip video pertama sepanjang 1 minit 20 saat, pemandu kereta terbabit mendakwa menghubungi polis memaklumkan kenderaannya dihalang dari depan dan tepi.
Malah, pemandu MPV di sebelah kirinya turut menyuruhnya berhenti sambil mengeluarkan perkataan tidak senonoh dan memaki hamun pemandu kereta terbabit.
Manakala klip video kedua pula sepanjang 1 minit 7 saat, menyaksikan pemandu kereta itu sudah berhenti di tepi jalan sebelum dihampiri pemandu MPV terbabit, yang kemudiannya mendakwa dirinya dari KDN.
Berlaku pertikaman lidah sebelum kedua-duanya mahu menyelesaikan perkara itu di balai polis.

Jawapan Rasmi KDN


'Rambut macam sabut buah pinang' - Tampil dengan imej terbaru, rambut Scha dikritik netizen.. memang padu beb kena!!

08:43

Bulan Syawal adalah bulan yang sangat indah dimana semuat umat Islam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan saling bermaaf-maafan sesama keluarga dan rakan-rakan. Namun, lain pula ceritanya apabila netizen telah memberi komen pedas kepada selebriti wanita popular Scha Al-Yahya apabila beliau tampil dengan gaya rambut terbarunya itu.

Scha juga telah berkongsi gambar raya bersama keluarga di akaun Instagramnya itu telah mendapat kritikan yang tidak henti-henti dari netizen kerana mereka menganggap imej pelakon itu seolah-olah seperti orang kurang siuman dan baru bangun tidur.





Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar Scha dengan memberi kritikan demi pedas apabila Scha tampil dengangaya rambut barunya itu.

Macam orang bangun tidur.

Walau bagaimanapun, ada segelinttir netizen tetap mempertahankan Scha dan menganggap gaya rambut baru Scha tetap comel seperti wanita Jepun.

Rambut Scha tetap cantik.