Dulu Suka Sangat Mengkritik, Sekarang Chef Wan Dah ‘Jatuh Cinta’ Dengan Dato Vida Pula?

21:42


Chef Wan sebelum ini sering dilihat mengkritik usahawan kosmetik Dato Seri Vida.

Apa yang terjadi sebenarnya? Adakah beliau mempunyai masalah peribadi dengan Vida yang sememangnya dilihat ‘outspoken’ dan tidak segan ketika beraksi di pentas?

Malah, tindakan Vida yang sering menunjuk kemewahan sebelum ini turut tidak disenangi oleh Chef Wan.

Memetik Mstar Online, Chef Wan berkata dia tidak menyimpan dendam atau masalah peribadi pun terhadap wanita berkenaan, apatah lagi berasa iri hati.



“Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida).

“Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak… dia nak juga,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Ini semuanya terbukti pada konsert pertama Gegar Vaganza 4 pada minggu lalu, keduanya saling mengusik semasa siaran langsung rancangan tersebut.

“Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

“Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!,” ujarnya bergurau.



Chef Wan juga tidak mahu lagi mengenang apa yang berlaku antara dirinya dengan Vida sebelum ini.

“Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.
“Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok
bermaafan… forgive and forget and look forward to the future,” katanya lagi.



Baguslah tu, tak baik kutuk orang sana sini kan. Lupakan perkara lalu dan cuba berbaik-baik demi kebaikan bersama. –

sumber

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments