Hancur Luluh Hati Suami Apabila Hanya Mampu Melihat Nabila Huda Terpaksa Diangkat Masuk Ambulan Untuk Ke Hospital

01:28


Beberapa hari lalu memang agak kecoh apabila Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28, Nabila Huda telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
Ini selepas Nabila Huda mengalami kesakitan pada bahagian pangkal paha.
“Hampir luruh jantung saya melihat Abil berada dalam kesakitan sehingga terpaksa dibawa naik ambulans.”
Itulah kata-kata Mohd Izwan Johar iaitu suami kepada pelakon, Nabila Huda yang amat risau dengan apa yang berlaku.
Izwan yang lebih mesra disapa Bert, berkata demikian ketika meluahkan kebimbangannya berhubung keadaan kesihatan isterinya apabila wanita itu meraung kesakitan pada bahagian kakinya.
Mohd Izwan menjelaskan, Nabila Huda bagaimanapun sudah selamat menjalani ujian imbasan MRI, selepas di masukkan ke hospital.
Namun, oleh kerana jadual kerja Nabila Huda yang amat padat, beliau belum berkesempatan berjumpa pakar bagi mengetahui punca penyakit dialami oleh isterinya itu.
Ini komen Bert lagi: (via Bharian)
“Semestinya saya risau melihat keadaan isteri dalam kesakitan, tambahan pula dia dibawa ke hospital menaiki ambulans. Buat masa ini, punca sakit belum dikenal pasti lagi.
“Nabil Huda baru saja menjalani ujian imbasan MRI, malam tadi, namun belum berkesempatan untuk berjumpa doktor pakar lagi. Insya Allah, isteri saya akan mendapat rawatan lanjut pada minggu hadapan.
“Buat masa ini, Nabila Huda terikat dengan penggambaran drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora, yang bakal habis tidak lama lagi. Selesai saja komitmen dengan drama itu, Abil akan menjalani rawatan lanjut”
Bert menjelaskan, kesakitan Abil pada pangkal pahanya itu berkemungkinan berpunca daripada kecederaan lalu, yang datang kembali selepas beberapa tahun.
Malah, pelakon itu juga dikatakan kurang rehat kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.
Semoga Nabila Huda akan cepat sembuh seperti sedia kala.

Sumber : ecaria.com

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments