‘Bila Papa Bagi Muhammad Susu Tadi, Mengalir Air Mata’ – Luahan Bapa Anak Sakit Kronik

04:49
Sejak dilahirkan, seorang bayi comel, Muhammad Arjuna Hafizi hanya mampu terbaring di katil hospital berikutan masalah gangguan saraf di otak. Menurut sumber, adik Muhammad menderita masalah gangguan saraf akibat kecederaan di otak yang disebabkan oleh kuman/virus meningitis. Selain itu, Muhammad juga menghidapi radang paru-paru dan young hypertension yang kronik.
Luahan bapa mangsa ini buat kami tersentuh. Tanpa menyalahkan takdir, bapanya sentiasa berdoa semoga Muhammad diberikan kesembuhan secepat mungkin. Ya Allah 🙁

Bertahanlah Muhammad

Hari ke-184.
Diam tak diam genap 6 bulan dah usia Muhammad Arjuna Hafizi..Beginilah keadaan nya setiap hari,bila dia jaga dia banyak termenung je,mata nya tak berkelip pun..😢 entah apa yg dimenungkan agaknya..😢bertahanlah Muhammad..Allah dah berfirman,”Maka sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kesenangan”(Surah Al-Insyirah ayat 5)..Papa & mama sentiasa berpegang pada ayat ni..Allah takkan pernah mungkir janji..InsyaAllah bila sampai masa nya nanti pasti ada jalan kesembuhan untuk Muhammad..Kuat ye nak..😢😢
#Pray4Arjuna #FightLikeArjuna

Tiada kata yang mampu digambarkan

Tiada kata yang mampu untuk digambarkan.. Tiada apa yang diharapkan melainkan dapat melihat Sang Arjuna membesar sihat seperti anak-anak yang lain.. Ajal dan maut di tangan Al-Muqsith.. Selama mana terbitnya mentari dari timur,tiada titik noktah untuk meneruskan perjuangan ini.. 😢😢😢
#EpilepsyAwareness #Pray4Arjuna #FightLikeArjuna #DoaUntukArjuna#JuangPersisArjuna

Kami tak pernah menyalahkan takdir

Diam tak diam lagi 2 minggu dah nak masuk 6 bulan usia Muhammad Arjuna Hafizi..Entah kenapa hari ni papa sebak sangat tengok Muhammad,bila papa bagi Muhammad susu tadi dalam tak sedar mengalir air mata papa melihat keadaan Muhammad..😢.3 tahun lepas takkala Abang Arman seusia Muhammad dia dah boleh duduk,dah boleh senyum menghadap kamera😊,dah boleh meniarap..tapi Muhammad hanya mampu terbaring kaku lesu tak bermaya..😢.Kami tak pernah menyalahkan takdir,jauh sekali menolak qada & qadar yang telah ditetapkan Allah..
Tapi kami masih tak boleh terima apabila Muhammad Arjuna Hafizi yang disahkan sihat dan aktif ketika dalam kandungan tapi semuanya berubah selepas hari ke-5 Muhammad berada di wad NICU…
Dan apa yang kami kesalkan sehingga ke hari ni masih belum ada pihak bertanggungjawab yang datang berjumpa dengan kami memberikan alasan yg konkrit dan berilmiah mengapa dan bagaimana kuman meningitis tu boleh terkena pada Muhammad..
TIADA!! Kami boleh terima dengan hati yang terbuka jika punca nya ada lah kerana faktor semulajadi/alami yang tidak boleh dielakkan..Tetapi kami takkan redha sekiranya faktor kecuaian menjadi punca Muhammad jadi begini…#DemiArjuna kami takkan berhenti mencari solusi yang terbaik untuk kesembuhannya dan takkan sesekali berhenti berjuang menuntut haknya demi masa depan Muhammad Arjuna Hafizi..
P/s: Kami mohon ada pihak guaman yang sudi memberikan khidmat nasihat untuk ketengahkan kes ini..Harap sahabat2 dapat tularkan posting ini..JazzakallahKhair..
#Pray4Arjuna #FightLikeArjuna
Sumber : Fizie Joe
Gambar Kredir : Fizie Joe/Harian Metro

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments