RM500RIBU TPM ZAHID HAMIDI BERI PPIM ADA SYARAT-SYARATNYA DAN BUKAN UNTUK BUAT BAJU! INI SYARATNYA ..

21:03


Kementerian Dalam Negeri menerusi menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan one-off sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Menyifatkan bantuan tu sebagai ‘fardu kifayah’, Zahid berkata ia bagi membantu PPIM menyelesaikan masalah peminjam yang diburu syarikat pinjaman tidak berlesen atau ‘Ah Long’.
“Hukum fardu kifayah kalau orang tak buat kita kena buat itu. Dengan ini saya mengumumkan peruntukan one-off kepada PPIM sebanyak RM500,000.
“Janji saya ditepati, ambil duit itu minggu depan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup Forum Pengguna Ke-7 tahun 2017 di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.
Hadir sama dalam forum itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Setiausaha PPIM, Datuk Maamor Osman.
Mengulas lanjut, anggota Parlimen Bagan Datoh itu meminta PPIM membantu mencapai sasaran pengurangan statistik individu muflis melibatkan kaum Melayu dalam tempoh setahun.
Sehubungan itu katanya KDN akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri bagi mensasarkan seramai 20,000 individu bebas daripada diisytihar muflis dalam tempoh berkenaan.
Zahid turut mengingatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk melunaskan janjinya bagi memberikan peruntukan sebanyak RM5 juta kepada PPIM.
Pada November tahun lalu, Hamzah mencadangkan PPIM menubuhkan koperasi yang boleh disertai pengguna seluruh Malaysia dan peruntukan sebanyak RM5 juta akan diluluskan bagi tujuan itu.
“Saya berbisik kepada Datuk Nadzim Johan tadi bahawa menteri KPDNKK berjanji untuk memberikan peruntukan RM5 juta kepada koperasi, setakat ini belum sampai lagi maka hari Jumaat ini saya akan ingatkan menteri itu jangan mudah berjanji kalau tidak ditepati.

“Kerana janji itu hutang. Oleh sebab itu jangan berjanji kalau tidak ditepati.

“Saya akan pastikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menepati janjinya. Insya-Allah, kalau saya lupa tolong ingatkan saya,” katanya di hadapan lebih 1,000 hadirin di forum terbabit.
Sementara itu Nadzim berkata peruntukan itu adalah pengiktirafan kepada PPIM untuk terus membela nasib rakyat yang teraniaya dengan aktiviti Ah Long dan kegiatan perjudian haram.
“Dengan adanya sokongan dan insuran kita harap kita boleh buat bukan setakat (membenteras) perjudian haram tapi benda-benda lain yang boleh kita buat,” katanya.
SYARAT SYARAT TPM ZAHID HAMIDI DIRAKAM OLEH PIHAK MEDIA
SUMBER : https://www.malaysiakini.com/news/400767
Semoga perjuangan PPIM akan lebih lancar dengan DANA ini. Memang akan ada ramai yang kecam kerana PPIM menerima dana tersebut tetapi ia balik kepada nawaitu PPIM. Anggap sahaja dana ini sebagai rezeki untuk membantu segala operasi PPIM. Insy’ALLAH – GedebakViral

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

2 comments

Taktau la..MUNGKIN kene beli..bergantung pd akal pemimpin PPIM..KAlau aku aķu ambik..langgar tetap langgar..dia ungkit...sape suh lu bagi...ha macam tu..

Balas