Dua keping gambar sepasang pengantin Melayu yang mendirikan solat sunat selepas selesai majlis akad nikah tidak menepati syarak dimuat naik di laman sosial.
Kelihatan pengantin perempuan mendirikan solat di sebelah kanan dan mengenakan pakaian pengantin tanpa bertelekung yang kemudiannya mendapat komen netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan berkenaan.
Pemilik laman facebook Fais Al- Hajari ketika dihubungi The Rakyat Post memaklumkan dia memperoleh gambar ini yang dikongsi daripada seorang rakannya di laman facebook.
Fais memuat naik statusnya dengan mengatakan jangan merosakkan amalan sunat dengan kejahilan.
Solat sunat nikah adalah digalakkan, cumanya pastikan pakaian yang dipakai adalah sesuai untuk dibawa solat. Dalam kes ni jelas pakaian pengantin wanita itu tidak menepati syarak, let alone nak bawak solat, dan kedudukan makmum wanita juga tidak betul.
Kepada semua pengantin to be, berhati-hati ya,” ujarnya.