(VIDEO) ‘Tadi aku dah cakap jangan ikut! Mati kau, aku kerjakan!’

23:37

,KUANTAN, PAHANG – Tindakan seorang wanita memukul, menampar dan mengheret anaknya masuk ke dalam kereta dirakam dan viral di media sosial.
Dalam kejadian di Taman Mahkota Emas, Kuantan, itu dirakam oleh penduduk berhampiran yang menyaksikan kejadian itu.
Berdasarkan video berdurasi 50 saat itu, wanita berkenaan dipercayai berang dengan anaknya yang mahu mengikutnya keluar.
Gagal mengawal kemarahan, wanita itu kemudian memarahi dan menghempas anaknya di di depan kereta sehingga terjatuh sebelum membuka pintu kereta bahagian penumpang belakang.


Si ibu kemudian mengarah anaknya masuk ke dalam kereta tetapi mangsa yang menangis ketakutan hanya mampu berdiri kaku. Berang melihat anaknya tidak mengikut arahannya, wanita itu terus menampar pipi mangsa sebanyak dua kali.
Sambil menangis, tangan mangsa ditarik dan dia dicampak ke dalam kereta dengan kasar.

Sementara itu, netizen di media sosial mengecam tindakan individu yang merakam video tersebut tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa.
“Yang rakam video ini boleh tengok saja? Kau pun sama tak ada otak,” kata netizen.
Meskipun begitu, ada segelintir netizen berpandangan apa yang dilakukan oleh si ibu bukanlah mendera, namun lebih kepada marah kerana mungkin anaknya degil.
“Ibu ini marah mungkin sebab anaknya degil. Kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Video pun separuh saja, bukan penuh.
“Kadang-kadang biar kita pukul anak menangis dari kita yang menangis kalau terjadi perkara yang tidak diingini pada anak-anak.
“Dari kecil lah kena ajar. Kalau dah besar baru nak diajar, kita yang kena herdik nanti. Kadang-kadang kita nampak macam anak itu kecil tak tahu apa tetapi sebenarnya budak-budak ini faham kalau kita tegur dan marah.
“Kerana video ini, kita assume wanita ini macam-macam. Sebaiknya siasatlah dulu barulah boleh beri pandangan yang elok-elok. Tak baik kita mengecam membuta tuli.” kata Shikin Ismail.


Hasil siasatan netizen, wanita berkenaan merupakan kakitangan di Lapangan Terbang Kuantan dan difahamkan telah bercerai dengan pasangannya.

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments