(BAKAR TAHFIZ) HANYA 2 ORANG SAJA TERLIBAT, 5 LAGI TERLEPAS TUDUHAN MEMBUNUH

05:38
Hanya dua orang sahaja daripada tujuh suspek yang ditangkap berhubung kes membakar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, akan didakwa di mahkamah esok. Dua didakwa atas kesalahan membunuh dan khianat dengan api, dan lima lagi atas kesalahan lain.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kes tersebut sudah dibawa kepada Jabatan Peguam Negara dan polis menerima arahan untuk mendakwa mereka.
“Dua daripada suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.
“Enam suspek (termasuk seorang yang disabit membunuh) akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) atas Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pada sidang media di Bukit Aman, tidak semua daripada tujuk suspek tersebut akan didakwa.

“Mereka yang tidak terlibat secara langsung akan didakwa atas kesalahan melibatkan dadah dan mungkin akan dipanggil sebagai saksi kejadian.”
“Ada yang tidak terlibat secara aktif, contohnya mereka berada di lokasi kejadian atau berada ketika perbincangan.
“Namun kami akan pastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang tidak terlibat secara aktif ini mengikut seksyen lain seperti (kesalahan) dadah atau lain-lain,” katanya.
Ditanya mengenai proses pengumpulan bahan bukti kejadian yang menarik perhatian ramai itu, Noor Rashid berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya mengumpul lagi bahan bukti untuk mengukuhkan kes pendakwaan.
“Selagi ada ruang polis akan ambil tindakan dan teruskan siasatan jika ada petunjuk baharu,” katanya.


Katanya, polis turut menjalankan siasatan bagaimana fakta kes dan maklumat peribadi suspek boleh tersebar kepada orang awam dan dimuat naik ke laman sosial.
Susulan kejadian itu, 13 pegawai polis dipanggil untuk siasatan.
Noor Rashid berkata, terdapat keperluan dalam meningkatkan kefahaman anggota polis mengenai isu kerahsiaan agar perkara sama tidak berulang.
Menurutnya lagi, insiden berkenaan turut memberikan sedikit gangguan kepada proses siasatan.
Pada 16 September, tujuh remaja berumur antara 11 hingga 18 tahun ditahan kerana menyebabkan kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden asrama tahfiz.

Image result for polis bawa suspek bakar tahfiz ke tempat kejadian semula

Image result for polis bawa suspek bakar tahfiz ke tempat kejadian semula


Enam daripada suspek disahkan positif ganja.
Sumber–Mstar, Malaysiakini

Rakaman pelajar sekolah pukul ibu kandung sebab nak duit

19:54
"ANAK derhaka" barangkali itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada pelajar sekolah ini, yang dirakam memukul ibu kandungnya sendiri.



Rakaman video tersebut tersebar di Facebook. Sumber media sosial memaklumkan bahawa kejadian dikatakan berlaku pada pukul 9 pagi hari ini, di Flat Taman Bukit Teratai.

Pelajar berkenaan pula dikatakan bernama Syukri dan baru berusia 16 tahun (sekolah tingkatan 4). Ketika kejadian pelajar itu dilihat sedang memakai baju seragam sekolah, di mana seluarnya belum sempat dipakai dengan sempurna.

Punca dia bertindak kurang ajar kepada ibunya sendiri tidak diketahui, tapi berdasarkan perbualan dalam video tersebut, nampak seperti pelajar berkenaan meminta wang dari ibunya.

Dia turut memaki ibunya dengan perkataan "pukimak"

Ketika ibunya memberikan sedikit duit, dia tidak berpuas hati dia minta kesemua duit ibunya, sambil mengugut mahu melebamkan mata ibunya.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.


Dicemuh Masyarakat “Ibu Suspek Bakar Pusat Tahfiz Luar Rasa Sayu”

06:51

Gambar hiasan
Dicemuh Masyarakat “Ibu Suspek Bakar Pusat Tahfiz Luar Rasa Sayu”|Sudah hampir dua minggu berlalu,namun tragedi kebakaran pusat tahfiz Ittifaqiyah di jalan keramat yang menewaskan 23 nyawa seakan-akan baru semalam terjadi.
Meskipun kesemua suspek sudah di tahan dan dikecam natizen namun keluarga suspek juga menjadi objek cemuhan masyarakat mendakwa ibu bapa mereka tidak pandai mendidik anak.
Menerusi laporan media ,wanita berusia 60 an yang juga merupakan ibu salah seorang suspek meluahkan rasa kecewa akibat tekanan dari masyarakat.
“Sebagai seorang ibu,saya mahukan yang terbaik buat anak-anak saya,untuk dia jaga (suspek) yang merupakan anak bongsu dalam keluarga”
Menurut wanita itu,dia memahami akan kemarahan orang sekeliling atas anak dan juga dirinya, namun dia berharap agar masyarakat cuba memahami akan situasi yang dia lalui.
“orang boleh cakap apa yang mereka mahu,tapi mereka tak tahu yang yang merangkak keluar ketengah jalan mencarinya apabila anak balik lewat”
“Mereka tak tahu saya juga sering periksa barang-barang bawah katilnya untuk periksa sama ada dia ada sorok apa-apa dari saya”
“Saya juga seperti ibu bapa yang lain,setiap saat memerhati akan gerak gerik anak,dan saya juga harus bekerja untuk menampung kehidupan”
“Saya dah tua dan begitu payah untuk seorang ibu tunggal seperti saya mengawalnya setiap masa”luahnya.
Wanita itu juga mendakwa,dia berhenti menghantar anaknya kesekolah sejak beberapa tahun lepas kerana suspek enggan lagi untuk belajar.
Mereka 4 beranak tinggal di taman datuk keramat tidak jauh dari lokasi kejadian,walau bagai manapun ibu suspek enggan berbicara mengenai anak-anak lainnya kepada media.
Sementara menurut bapa suspek yang bekerja sebagai pencuci tanda awam di belakang sekolah tahfiz itu,dia telah meninggalkan keluarganya beberapa tahun lalu,namun apa yang menyedihkan dia kini di buang kerja selepas tersebar berita penangkapan anak lelakinya.
Manakala ibu suspek masih lagi bekerja sebagai pembantu di pasar dengan pendapatan Rm 30 sehari.
Sebak dengan apa yang menimpa,wanita tersebut mengaku pergi melawat anaknya di balai polis pada kamis lepas.
“Sudah semestinya dia menangis dan tidak mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.dia juga menolak tuduhan mengambil dadah”
“Saya hanya memberitahu untuk bercakap yang benar sahaja kepada pihak polis dan jangan takut kalau dia tidak buat apa-apa kesalahan”katanya 
Dalam pada masa yang sama,pihak bomba sudah menemui bukti yang menunjukkan remaja-remaja tersebut terlibat dalam kebakaran pusat tahfiz pada 14 september lepas,manakala pihak polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh.
“Saya tidak beri macam-macam alasan berkenan anak saya.saya juga tahu akan hukuman berat yang bakal dihadapinya jikalau ia terbukti bersalah”
“Sebagai seorang ibu,saya hanya minta dia berkongsi segala informasi yang dia ada kepada pihak polis”
“Buat masa ini saya hanya mampu berdoa supaya di beri kekuatan untuk melalui semua ini,dimana keluarga saya dan anak lelaki menjadi objek kemarahan masyarakat.katanya 

Rakaman suara Boy Iman kantoikan diri sendiri

06:07
SATU rakaman suara dipercayai milik Datuk Boy Iman, bekas pelakon yang sedang hangat diperkatakan kerana didakwa menipu orang ramai berkaitan skim rumah murah tersebar di media sosial.



Dalam rakaman itu jelas Datuk Boy Iman yang dipercayai sedang berkomunikasi dengan rakan-rakannya, mengaku bahawa beliau sengaja main wayang yang digelarnya sendiri sebagai "Wayang Pacak".

Dia juga turut mengakui merancang segala-galanya termasuk mengadakan majlis solat hajat dan mengarahkan Puan Anggun membeli gelaran "datuk".

Di bawah ini rakaman suara yang dimaksudkan.

Di bawah ini pula transkrip kata-kata tersebut.

Transkrip Wayang Pacak

Kita tak boleh cakap tentang aku bagus, aku politik, aku boleh bawa polis ambil kau dekat 'airport', nak iring, bayar, bukan itu, Itu semua hanyalah game, gimik, saya dah buat gimik ni dah lama dah, kan?

Saya panggil menteri, Tan Sri Noh Omar datang, kan? Tapi apa sebab saya panggil Tan Sri Noh Omar datang? Saya nak 'scene', 'scene' kita nak 'scene' kan? Kita kena ingat, DBI Properties adalah marketing company.

Saya datangnya daripada Alfafa, saya adalah CEO marketing company, tanya Pejal macam mana saya boleh buat 4 bulan 10 juta? Pasal saya wayang kuat.

Saya kuat main taktik dan teknik, dalam marketing kita kena ada strategi, kita kena ada taktik dengan teknik. Sebab itu saya melawan dengan orang, berlawan dengan apa-apa fitnah, melawan apa-apa saya main taktik teknik, kan?

Hari ini dia buat macam tu dengan aku, Okay tak apa kita panggil semua kita buat 'explanation' kita dah ada dah rangka kita, kan?

Kita panggil macam mana nak tangani, krisis okay Hari ini kita buat, okay Khamis malam Jumaat kita buat sembahyang hajat, kita minta dengan tuhan, kita minta dengan Allah, kan?

Kita buat sembahyang hajat, besoknya kita buat, dua hari aaa, dua hari aaa, Khamis malam Jumaat kita buat sembahyang hajat, hari ni kita buat meeting apa tu, kita buat kursus asas trader, tengok 40 orang datang, kan?

Hari ini juga surat khabar datang, kenapa benda ni semua ada? Sebab saya plan, saya plan, saya cakap dengan Puan Anggun, Puan Anggun you kena ambil datuk, you kena beli datuk, pasal I plan, I plan semua benda, semuanya I main wayang, ini semua wayang tersusun, wayang pacak nama dia.

Ha untuk apa untuk syarikat, untuk kita, untuk kita terus sama-sama maju, bukan kita nak membunuh membunuh membunuh, sama-sama membunuh.

Zaini buat kerja satu rumah ada masalah, problem kan? Bukannya datang pergi cerita dengan orang, bukannya viral buat satu group lain, adakah itu satu cara yang betul? Kan?

Itu bunuh Melayu namanya, kau datanglah cerita baik-baik, kan? Saya punya magik lagi best, datang hari ni tiang tak ada eh? Saya cakap budak-budak eh, saya cakap dengan budak-budak, saya cakap dengan Zaini, saya cakap dengan Zamil, sekarang ni, dia cakap tiang tak ada, kan?

Itulah kita buat kerja engineering, okay aku nak settle kan, sekejap dah hilang dah, kan? Besoknya bila datang, Boy aku hairanlah, ada tiang pulak kat dalam...
Mia Sara Dikecam Teruk Oleh Netizen Kerana Pakaiannya Di Karpet Merah FFM Menonjolkan NASI LEMAK Beliau…

Mia Sara Dikecam Teruk Oleh Netizen Kerana Pakaiannya Di Karpet Merah FFM Menonjolkan NASI LEMAK Beliau…

05:09
gambar sekadar hiasan
Mia Sara Di Kritik Netizen Apabila Pakaian Karpet Merah FFM Menonjolkan Payudara Beliau. Tetapi Pada Malam Itu Mia Sara…
Kejelitaaan Mia Sara ternyata mencuri tumpuan ramai apabila dia tiba di Karpet Merah FFM 2017 mengenakan busana merah yang cukup cantik. Namun ada segelitir peminat yang kurang berpuas hati dengan tudung yang digayakan sekali dengan baju cantik itu. Menurut peminat-peminat Mia Sara keadaan tudung beliau yang pendek menyebabkan payudara beliau kelihatan cukup besar. ” Mana ciri-ciri wanita muslim?”
Apapun tahniah kepada Mia Sara yang cukup jelita pada malam itu. Bagi yang mengkritik pandangan mereka boleh dikatakan sebagai nasihat untuk berubah kepada yang lebih baik.










‘KEPADA PEMANDU LORI SWEETIE BNM9967, SAYA DOAKAN KAMU MURAH REZEKI’

21:22
Oleh Nurul Bariah
Seringkali di Facebook, banyak perkara yang dikongsi dan diviralkan berkenaan dengan sifat pentingkan diri, sombong, ambil hak orang lain dan sebagainya.
Hari ini, izinkan saya berkongsi kisah manis yang berlaku pada petang tadi. Lebih manis, di hari ulangtahun kelahiran saya dan hari pertama anak sulung saya, Aisyah mula bersekolah.
Hujan lebat turun di sekitar Shah Alam petang tadi. Saya keluar dari perkarangan sekolah anak di Setia Alam lebih kurang jam 3.50 petang. Hujan masih lebat. Tidak lama keluar dari susur Setia Alam menuju ke Bukit Raja, kenderaan bergerak semakin perlahan sehingga sampai satu saat, langsung tak bergerak. Kalau bergerak pun mungkin satu langkah dewasa sahaja.
Saya post di Shah Alam Residents’s Group, bertanyakan jika ada sesiapa yang tahu mengapa trafik begitu teruk sekali. Rupa-rupanya ada kemalangan di mana ada sebuah treler melintang sebelum Tol Bukit Raja menyebabkan semua lorong ditutup.
Di dalam kerada, ada bonda, Aisyah dan anak kedua, Khadeeja yang sudah lena. Aisyah mula mengadu lapar, mungkin penat dan keletihan selepas hari pertama bersekolah. Saya meminta beliau bersabar namun beliau sudah mula merengek.
Kebetulan ada sebuah lori roti Sweetie di depan. Dalam hujan yang masih agak lebat, saya keluar dari kereta dan pergi mengetuk tingkap lori sebelah pemandu.
“Boleh tak saya nak beli roti? Anak saya lapar,”
Lalu dia menyuruh saya menunggu dalam kereta, beliau akan hantarkan.
Beliau datang memberikan dua jenis roti. Saya hulur RM20 untuk membayar tetapi dia beria-ria tidak mahu mengambil duit tersebut.
“Takpe kak, saya bagi,”
Akhirnya saya mengalah dan mengucapkan terima kasih.
Allahu, sungguh terharu betul. Aisyah gembira dapat makan roti. Saya benar-benar mendoakan beliau dikurniakan rezeki yang berlimpah ruah dan dilindungi perjalanannya sepanjang beliau bekerja.
Anak-anak, bonda dan saya sendiri dapat alas perut dengan roti yang diberi selama sejam terperangkap dalam trafik tidak bergerak (mungkin lebih dari sejam).
Adik, pemandu lori Sweetie BNM9967, saya doakan agar segala urusan kamu dipermudahkan sebagaimana kamu telah memudahkan urusan saya dan menggembirakan hati anakanda saya.
1 September 2016, sungguh ini hadiah hari lahir yang saya akan ingat sampai bila-bila.
“Macam mana awak boleh terfikir nak keluar dari kereta dan ketuk lori depan?” soal kawan.
“Entah, saya pun tak tahu bagaimana saya boleh terfikir untuk berbuat begitu. Mungkin saya sudah mula rimas dengan Aisyah yang merengek bila lebih dari 20 kali sebut perkataan lapar.”
Saya beritahu pada Bonda bila Bonda kata, “Entah-entah dia kena hantar saja kot? Takde lebih”
“Tak cuba tak tahu, kalau tak boleh  tak apa. Kalau dia boleh bagi beli, rezeki kakak,” saya jawab.
Alhamdulillah. Roti Kaya Pandan dan Roti Mexico perisa kopi, terbaik! Masa matriks dulu, saya ketagih beli roti Sweetie isi coklat. Saya akan hubungi majikan beliau secepat mungkin sebagai tanda penghargaan. – Nurul Bariah

Baru Umur 10 Tahun Dah Pakai Baju Terlalu Terdedah Ini Respon Balas Ayah Puteri Balqis

10:40
balqis.jpg
Puteri Balqis Azizi merupakan pelakon kanak-kanak yang amat hebat. Lakonannya pasti meninggalkan kesan yang amat hebat sebaris pelakon dewasa.
Kini pada umur 10 tahun, nama Puteri Balqis masih lagi gah dan di laman IG miliknya, Puteri Balqis sudah mempunyai seramai 451 Ribu follower.
Puteri Balqis memang sering berkongsi gambar di laamn IG miliknya namun sejak kebelakangan ini, kesemua gambarnya telah ditutup ruang komen.
Bapa kepada Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz menyatakan tindakan itu dibuat kerana gambar Puteri Balqis sering menjadi kecaman kerana memakai pakaian yang ‘terdedah’.
Oleh itu dia menutup ruang komen kerana dia tidak mahu emosi anaknya terganggu.
Sebelum ini terlalu banyak komen berbaur cacian, kejian dan hinaan dtulis oleh para folower terutama haters yang sekali gus menjejaskan emosi puterinya itu.
Tentang fesyen terdedah anaknya itu, En Azizi menyatakan dia hanya mahukan anaknya menjadi diri sendiri dan apabila membesar dia akan matang sendiri.
Ini komen ayah Puteri Balqis:
TUTUP RUANG KOMEN

“Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.


“Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia,”
TEGUR KENA ADA ADAP

“Siapa saya nak tutup mulut orang tetapi satu pesan saya, nak menegur biarlah kena pada caranya, InsyaAllah saya boleh terima.
SOAL PAKAIAN PUTERI BALQIS

“Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat.


“Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga,”
TAK ABAI ILMU AGAMA
“Saya tidak berhajat hendak mencanang perkara baik (sudah khatam Al-Quran) takut nanti orang cakap apa pula.

“Cukuplah saya katakan, sebagai ayah saya tidak abaikan dia dari mempelajari ilmu-ilmu agama termasuk solat,”
: mStar
: beritamemey

Ramai yang kutuk pengantin perempuan ni kerana saiz badannya tidak sepadan dengan pasangannya

07:31


Viral di media sosial, luahan Pak Andam kepada pengantin perempuan yang kecewa dengan sikap sesetengah individu yang melemparkan komen-komen negatif terhadap wanita berkenaan. Hanya kerana saiz badannya yang besar, ada pula mulut puaka yang tidak berinsurans mengutuk dan menghinanya. 

SAYA adalah Pak Andam mempelai dan menyaksikan dari mula majlis hingga ke akhir majlis. Ramai yang beri comment negative with regards to the Kompang Group Which is proudly sponsor by adik pengantin lelaki. 

Setahu saya, mempelai menerima saja dan beri support kerana adiknya berhati besar nak sponsor kompang. Saya rasa pengantin pun terkejut dengan persembahan kompang etc. Bukan hari-hari mereka bersanding, kan?

Kalau mengikut adat memang harus dan berkah jika kompang diiringi selawat dan sebagainya. Moga comment dan feedback anda dapat memberi semangat dan peransang untuk kumpulan kompang tersebut untuk kembali melaksanakan apa yang wajar. 

Ada yang comment sehingga mengutuk, tetapi bukan menasihati. Dan saya rasa itu bukan sikap Sunnah Rasul dalam berdakwah. Saya harap kita semua kalau nak comment apa-apa, harap dengan kata-kata yang elok-elok, barulah anak mudah kita sedar dan bangkit. Bukan ke ajaran Islam itu indah?

Yang kedua, falsafah tentang scooter. Wow! Creative pula! Saya suka! Sebelum bergerak, mereka mempersembahkan scooter in action bagi meraihkan pengantin dah tiba. Ini kan trend zaman sekarang dengan scooter itu baru-baru ini. Kita pun tak dapat menjangka apa lagi kreativiti-kreativiti di masa akan datang. Husnuzon sajalah. 

Yang ketiga, ada yang mengutuk pengantin perempuan dengan zahirnya, tubuh badannya.


Allah Azza Wa Jalla, berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّنْ نِّسَآءٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقٰبِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمٰنِ ۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (karena) boleh jadi perempuan (yang diolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (QS. Al-Hujurat 49 ayat 11)

Jika Kamu mengutuk tubuh badan orang lain, anda juga mengutuk ciptaan Allah SWT. Anda tergolong dalam Orang Yang Zalim.

Minta maaflah kepada pengantin Nora. Orang Melayu kata, berani buat, berani tanggung. Berani comment, berani tanggung tapi di akhirat kelak.

Apa pun kami di pihak Grandeur Fai amat mencintai semua mempelai tidak kira siapa mereka dan apa jua bentuk badan mereka kita terima dan beri layanan yang sama kasih antara satu sama lain. 

Sekian dan benar tulus ikhlas, Fai Bani. 

Lets give her our support with all the beautiful words and we are all the same. Even in hereafter you Nora Abu Bakar will be the utmost beautiful princess in Jannah Fridausi amin!

Sumber: Grandeur Fai
Salah Ke? Kami Bukan Buat Apa-Apa.. Cuma Laga Hidung Jer.. Ini Pulak Respon Dari Janna Nick Selepas Fattah Amin Mengeluarkan Status Kurang Menyenangkan

Salah Ke? Kami Bukan Buat Apa-Apa.. Cuma Laga Hidung Jer.. Ini Pulak Respon Dari Janna Nick Selepas Fattah Amin Mengeluarkan Status Kurang Menyenangkan

04:27


Biarpun masih belum ditayangkan, drama adaptasi Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick telah mencetuskan kontroversi apabila salah satu adegan yang kelihatan mereka seakan bercium tersebar. Menerusi Insta Story, Fattah dan Janna dilihat membuat aksi seperti bercium bagi meniru adegan di dalam drama Korea terbabit.
Walaupun tiada sebarang sentuhan terjadi namun ianya telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang merasakan adegan seperti tidak perlu dibuat biarpun drama tersebut sebuah adaptasi. Bukan itu sahaja malah nama pengarah tersohor, Micheal Ang turut diselar kerana menyelitkan adegan berahi di dalam drama tersebut.
Bagi peminat drama Korea, Coffee Prince, anda pasti tahu adegan tersebut dimainkan ketika peneraju watak utama Gong Yoo dan Yoon Eun-hye sedang berpura-pura bermain cinta (yang pada ketika itu dianggap hubungan sejenis) kerana menyangka wanita itu adalah lelaki bagi mengelak untuk keluar dengan gadis-gadis pilihan neneknya.
Pun begitu, ada juga yang tetap mempertahankan tindakan Fattah dan Janna berbuat demikian, yang dikatakan hanyalah ‘camera trick’ untuk menghidupkan adegan bercium itu walaupun mereka sebenarnya tidak bersentuhan. Malah ada juga yang memuji aktor kacak itu yang berani mencabar diri membuat aksi itu walaupun akan dikecam.
Pastinya kalau berfikir dari sudut perfileman, adegan seperti ini harus dibuat demi menghidupkan jalan cerita sesebuah karya yang dihasilkan, apalagi jika ianya adaptasi. Pasti ramai yang mengharapkan kesan yang sama seperti drama asal. Namun apapun rasanya mungkin pengarah boleh hasilkan trick yang lain agar ianya tidak nampak keterlaluan.
MAJLIS AKAD NIKAH UNDANG KESEDIHAN & NETIZEN SEBAK SELEPAS BAPA PENGANTIN MENINGGAL DUNIA

MAJLIS AKAD NIKAH UNDANG KESEDIHAN & NETIZEN SEBAK SELEPAS BAPA PENGANTIN MENINGGAL DUNIA

04:20


Majlis yang paling bersejarah dalam hidup setiap pengantin yang meraikan perkahwinan dengan penuh gembira, tetapi tidak kepada satu pasangan pengantin baru ini yang terpaksa berhadapan dengan qada dan qadar apabila bapa pengantin temui ajal sewaktu majlis akad nikah berakhir.



Pasangan pengantin baru itu telah kehilangan ayah yang disayangi selepas majlis akad nikah baru sahaja selesai. Situasi yang amat menyedihkan itu pasti meruntun hati sesiapa sahaja sekiranya berada di tempat mereka yang berdepan dengan satu kejutan yang begitu menyedihkan.

Walau bagaimana sekalipun ditangisi dengan air mata darah dan meraung sepuas hati, yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan gelak tawa telah bertukar menjadi hiba. Yang pasti yang maha Esa lebih tahu segalanya dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian.



Kisah sedih ini telah dikongsikan oleh seorang jurugambar profesional yang dikenali sebagai Ayul Rahman dan menganggap apa yang dilaluinya ini adalah satu pengalaman yang berbeza sepanjang dia berkecimpung dalam dunia jurugambar.

“Saat akhir dapat tempahan untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.



“Sepanjang majlis berlangsung saya tidak dapat menahan air mata. Sebak gila. Selepas majlis selesai, kami dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak.



“Beberapa minit kemudian bapa pengantin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. A bitter sweet memory for both of the couple. Al-fatihah,”



Segelintir netizen turut meluah rasa pilu di hati mereka selepas berita ini yang telah dikongsikan Ayul Rahman di media sosial jadi tular yang turut menarik perhatian ramai meluahkan rasa simpati mereka terhadap pengantin berkenaan.
Semoga pasangan pengantin ini tabah menghadapi dugaan ini dan semoga semuanya dipermudahkan.