Salah Ke? Kami Bukan Buat Apa-Apa.. Cuma Laga Hidung Jer.. Ini Pulak Respon Dari Janna Nick Selepas Fattah Amin Mengeluarkan Status Kurang Menyenangkan

04:27


Biarpun masih belum ditayangkan, drama adaptasi Coffee Prince lakonan Fattah Amin dan Janna Nick telah mencetuskan kontroversi apabila salah satu adegan yang kelihatan mereka seakan bercium tersebar. Menerusi Insta Story, Fattah dan Janna dilihat membuat aksi seperti bercium bagi meniru adegan di dalam drama Korea terbabit.
Walaupun tiada sebarang sentuhan terjadi namun ianya telah mencetuskan kemarahan orang ramai yang merasakan adegan seperti tidak perlu dibuat biarpun drama tersebut sebuah adaptasi. Bukan itu sahaja malah nama pengarah tersohor, Micheal Ang turut diselar kerana menyelitkan adegan berahi di dalam drama tersebut.
Bagi peminat drama Korea, Coffee Prince, anda pasti tahu adegan tersebut dimainkan ketika peneraju watak utama Gong Yoo dan Yoon Eun-hye sedang berpura-pura bermain cinta (yang pada ketika itu dianggap hubungan sejenis) kerana menyangka wanita itu adalah lelaki bagi mengelak untuk keluar dengan gadis-gadis pilihan neneknya.
Pun begitu, ada juga yang tetap mempertahankan tindakan Fattah dan Janna berbuat demikian, yang dikatakan hanyalah ‘camera trick’ untuk menghidupkan adegan bercium itu walaupun mereka sebenarnya tidak bersentuhan. Malah ada juga yang memuji aktor kacak itu yang berani mencabar diri membuat aksi itu walaupun akan dikecam.
Pastinya kalau berfikir dari sudut perfileman, adegan seperti ini harus dibuat demi menghidupkan jalan cerita sesebuah karya yang dihasilkan, apalagi jika ianya adaptasi. Pasti ramai yang mengharapkan kesan yang sama seperti drama asal. Namun apapun rasanya mungkin pengarah boleh hasilkan trick yang lain agar ianya tidak nampak keterlaluan.

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

2 comments

kes² mcmni yg ptut dielakkan wlau xbersentuhan sbbnya.. sbbnya.. drama ni "U". So budak² kt umah trut sma mnonton.

Balas

Sampah. Walaupun bukan betul, budak² yg Tengok tu akn anggap betul. Boleh jamin ke, 100% takkan ada kerosakan akhlak dlm kalangan remaja yg menonton adegan ni? Cium² tu cara org bukan islam. Tak patut dicontohi. Tahu? Sigh.

Balas