Inilah Sebabnya Kenapa Emma Maembong Nak Segera Berkahwin Dengan Kamal Adli..

22:28


Pelakon Emma Maembong mahu menyegerakan perkahwinannya sekiranya jodoh sudah sampai tanpa perlu mengikat tali pertunangan.
Menurut Emma, adat bertunang lebih sesuai untuk pasangan yang baru berkenalan, sedangkan dia dan kekasihnya, Kamal Adli telah lama mengenali antara satu sama lain.
“Hubungan saya dan Kamal sudah mencecah tiga tahun rasanya, tidak perlu lagi mengikut amalan pertunangan seperti orang lain.”
“Biasanya pertunangan dilakukan bertujuan untuk mengenali pasangan, sedangkan kami sudah pun melepasi fasa itu,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kain tudung My Sketchbook Shawl by Emma Maembong di Kuala Lumpur semalam.
Hubungan cinta antara Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 25 dengan pelakon Kamal Adli sebelum ini bukan lagi rahsia.
Kisah cinta mereka sering diperkatakan di media kerana tiada perkembangan terbaru akan berganjak ke fasa seterusnya iaitu alam perkahwinan.
Malah, pelakon Kimchi Untuk Awak itu turut menolak tanggapan kesibukan mengurus perniagaan punca dia lewat untuk disatukan dengan Kamal Adli.
Sebaliknya Emma mahu peminat yang mengikuti perkembangan mereka dari dekat supaya mendoakan yang terbaik.
“Saya tidak mahu terlalu membincangkan hal perkahwinan buat masa ini malah tidak juga meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang kerana khuatir tidak kesampaian.
“Biar Allah tentukan. Bagi saya, perkara terbaik adalah apabila sudah tiba waktunya nanti kami akan mengedarkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.
Sementara itu, berkongsi mengenai My Sketchbook Shawl by Emma Maembong, Emma berkata kali ini hasil lukisannya tidak hanya akan berada di kanvas tetapi di tudung.
Menurutnya, idea yang dicetuskan oleh adiknya Yaya Maembong itu dilaksanakan demi memastikan budaya Melayu tidak pupus ditelan zaman.
“Sejak kecil saya sudah terbiasa melukis, asyik simpan dan kumpul buku lukisan tidak tahu hendak salurkan kreativiti itu ke mana.
“Lukisan di atas tudung mengangkat tema kebudayaan kerana saya mahu masyarakat kita tidak lupa asal usul ketika asyik meniti arus pemodenan pada zaman ini,” katanya.

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments