5 Artis Malaysia Ini ‘Kantoi’ Tayang Aset Berharga. Apa Reaksi Mereka? Yang No 3 Tu Mesti Korang Tak Percaya..

09:13
Fesyen selebriti kadang-kadang memang unik, mencengangkan, dan buat orang keliru. Ada yang sudah bertudung namun masih kelihatan seksi. Memang ada sahaja cara artis-artis itu untuk menarik perhatian, salah satunya dengan kontroversi pakaian hingga menampakkan sebahagian buah dada.

Apakah hak kita untuk menilai mereka?

Kadang-kadang, mereka memang benar-benar tampil seksi dengan pakaian terbuka, namun kadang-kadang gaya hot mereka hanya ilusi. Selain Fathia Latif yang tengah panas dengan isu dia memperlihatkan sebahagian buah dadanya dalam video, ada ramai lagi artis tempatan terpalit dengan kontroversi yang sama.
Kredit Foto: Suria.my
Isu sebegini sudah menjadi perkara biasa, jadi tidak perlu netizen membesarkan hal ini sehinggakan reputasi artis tersebut terjejas kerana dikecam teruk. Berikut 5 selebriti yang disenaraikan oleh Hangat.com.

Fathia Latiff

Kecoh mengenai kontroversi video Bigo tersebar yang mengaitkan pelakon dengan imej bertudung ini. Pada awalnya Fathia Latiff menafikan namun kini dia telah tampil mengaku bahawa gadis di dalam video baru-baru ini adalah dirinya. Dalam kenyataannya;
Itu adalah saya. Saya dan kawan-kawan sedang “hanging out” di sebuah villa yang disewa. Sesi menari itu hanya di kalangan kawan perempuan dan kami menari di bilik air villa tersebut. Sudah tentu saya malu dengan apa yang terjadi.
Tak ada sesiapa yang masih waras akan menunjukkan bahagian badannya kepada seluruh dunia. Saya tak pernah dengar pun tentang applikasi itu sebelum ini. Sekarang saya dah tahu dan saya tahu dengan cara yang amat perit.

Izara Aishah

Sebuah rakaman video berdurasi 3 saat yang memaparkan pelakon jelita Izara Aishah berpakaian begitu menjolok mata, sehingga menampakkan separuh payudaranya tersebar. Difahamkan, video tersebar itu sebenarnya adalah video lama di mana Izara muncul berpakaian tidak sopan dalam sebuah majlis. Dalam kenyataan Izara, dia memohon maaf di atas kesilapannya.
“Walaupun Izara teramat sedih dan malu dengan kelakuan seseorang membuka aib Izara sebegitu, Izara terima tunggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf kepada semua,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.
“Izara juga anggap ini sebagai suatu dugaan Allah, dan peringatan bagi Izara.

Tasha Shila

Gambar Tasha Shilla tayang separuh buah dada tersebar. Gambar seksi Tasha mulai menjadi kontroversi sekali lagi selepas gambar-gambar tasha yang menjolok mata menghadiri sebuah perasmian majalah fesyen dari Perancis beberapa hari lepas.
Sebelum ini Tasha pernah ditanya mengenai isu pakaian menjolok mata. Ini reaksinya;
“kalau tak boleh berfikiran positive, tak perlu kata apa-apa. I’m Being Myself”

Miera Liyana

Miera Liyana sebelum ni pernah mencetuskan kontroversi sejak gambar seksinya tersebar secara meluas di internet. Miera yang berlakon dalam drama Kamelia Katrina telah tampil dengan berpakaian menjolok mata serta menampakkan celah payudaranya.Bila ditanya, Miera menjawab bahawa dia memilih pakaian sedemikian untuk menunjukkan kelainan pada malam majlis tersebut.
Mengulas mengenai isu pakaian ini, Miera memberi alasan;
“Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan “

Alicia Amin

Pelakon baru dan model antarabangsa hangat diperkatakan apabila gambar–gambar seksi beliau ketika menjayakan beberapa penggambaran iklan dan produk tersebar. Alicia juga kini bergelar pelakon apabila drama lakonan pertama nya, ” Meh Sandar Lagi” yang disiarkan di slot Akasia TV3.
Tidak terkesan dengan isu ini, Alicia menjawab kontorversi ini dengan penih yakin:
“Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan. Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.
“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya.
Apa sahaja jawapan dan reaksi, mereka mempunyai hak untuk memperbetulkan kesilapan dan terus memperbaiki diri untuk masa akan datang. Jadi, siapalah kita untuk menghukum mereka sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna.

Sumber: Hangat.com

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments