5 KEGIATAN JAHAT YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH SUSPEK BAKAR TAHFIZ.…KEGIATAN NO 1 TU AMAT MENGEJUTKAN! JAHAT BETUL RUPANYA!..

13:28
GENG bermasalah. Itu panggilan yang diberikan penduduk sekitar Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur terhadap tujuh remaja yang ditahan susulan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung.
Harian Metro ketika menemubual beberapa penduduk sekitar di kawasan pusat tahfiz berkenaan, rata-rata mengakui kumpulan remaja itu sering menimbulkan masalah bukan sahaja kepada rakan sebaya malah kepada golongan dewasa.
Buang air kecil atas Jalur Gemilang
Suri rumah yang mahu dikenali Mah, 60, berkata, seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah penduduk setempat kerana buang air kecil atas Jalur Gemilang, bulan lalu.
Katanya, dia tidak hairan sekiranya kumpulan remaja itu bertindak melakukan perkara kejam (membakar pusat tahfiz) kerana perangai remaja itu sememangnya menakutkan penduduk.
“Bulan lalu, salah seorang remaja yang ditahan itu pernah dibelasah orang ramai berdekatan gelanggang futsal kerana kencing atas bendera Malaysia.
“Penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu membelasahnya sebelum bapa lelaki itu tiba dan memarahi orang ramai,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, bapa remaja berkenaan turut ditampar orang ramai kerana mempertahankan tindakan biadap anaknya.
2. Calar Kereta
“Banyak perbuatan dilakukan budak jahat itu yang membuat orang ramai marah. Pantang ditegur mesti ada kereta penduduk calar.
Adnan (kiri) menceritakan semula masalah yang ditimbulkan remaja yang ditahan.
3. Lempar Najis
“Malah, ada satu kejadian yang akan diingati penduduk iaitu sekumpulan remaja ini sanggup melempar najis ke kereta orang,” katanya.
Bekas pengawal keselamatan Taman Tasik Datuk Keramat yang mahu dikenali Adnan, 57, berkata, dia hanya mampu bertahan bekerja di taman rekreasi itu dalam tempoh empat bulan saja kerana tidak tahan dengan kelakuan kumpulan remaja berkenaan.
Katanya, dia mengenali semua tujuh remaja yang ditahan dan mengakui remaja terbabit sering berada di kawasan taman pada lewat malam sehingga jam 4 pagi untuk melakukan perkara tidak berfaedah.
4.Hisap Gam & Ganja
“Apabila saya datang untuk mengusir mereka dari kawasan taman, mereka menyorok atau lari, selepas itu mereka muncul semula untuk menghisap gam atau ganja.
“Sudah banyak kali saya dipermainkan oleh mereka,” katanya.
Menurutnya, dia tidak tahan dengan perangai kumpulan remaja itu lalu berhenti kerja pada Julai lalu kerana memikirkan masalah jantung yang dialaminya.
5. Suka Mengganggu & Mengugut penduduk
Peniaga yang mahu dikenali sebagai Fairus, 32, berkata, dia rapat dengan beberapa pelajar pusat tahfiz berkenaan kerana kerap berjoging bersama dan mereka pernah mengadu mengenai kelakuan kumpulan remaja nakal yang sering mengganggu serta mengugut mereka.
Katanya, pelajar tahfiz pernah mengambil gambar dan merakam video kumpulan remaja itu ketika sedang asyik menghisap ganja lalu diugut supaya memadamnya.
“Mereka (pelajar) diugut supaya memadam gambar dan video itu, jika tidak mereka akan menerima nasib buruk sama seperti mangsa yang pernah dipukul oleh Mamat (samseng yang sedang menjalani hukuman penjara).
“Mamat pernah memukul seorang remaja lain menggunakan kayu sehingga mati. Jadi kumpulan remaja ini seakan bayangan Mamat kerana bertindak di luar kawalan,” katanya ketika ditemui.
VIDEO:
Edited by: Team Bujang Lapok
..
[VIDEO] GEMPAR! Penduduk Ini Menceritakan Siapa Sebenarnya Ketua Geng 7 Suspek Bakar Tahfiz!
BALAS dendam menjadi motif utama suspek yang membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kejadian yang berlaku pada 14 September lalu.
Menurut salah seorang penduduk di kawasan berkenaan, tujuh remaja terbabit sememangnya mempunyai rekod yang buruk apabila mereka digelar ‘geng bermasalah’ oleh penduduk tempatan.
Kami cuba mendekati penduduk setempat bagi mendapatkan gambaran mengenai siapa sebenarnya suspek yang terlibat dalam tragedi yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru itu.
VIDEO:
sumber: mstar
GEMPAR! API MISTERI Bakar Rumah Sampai Hangus di Kampung Penambang Mas, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB)!
Kota Bharu: Kemunculan api misteri membakar beberapa barang di dalam rumah milik sekeluarga di Kampung Penambang Mas, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, sudah berlarutan selama 10 tahun.
Namun, kebakaran ketika itu berlaku kecil-kecilan sehingga jam 10.30 pagi semalam, ia memusnahkan rumah mereka dan rumah saudara yang terletak bersebelahan kediaman itu.
Turut terbakar 20 peratus adalah rumah jiran mereka.
Menurut Wan Norfatiha Wan Hanafi, 19, dia menyedari api tiba-tiba membakar dinding di ruang tamu rumah ketika mahu ke tandas untuk mandi.
“Panik melihat api itu saya segera memanggil adik Wan Norfatini, 17, yang ketika itu berada di dalam tandas dan nenek, Zainab Sulaiman, 80, yang bersolat sunat dhuha untuk keluar menyelamatkan diri.
“Emak, Rofeah Zakaria, 50, dan abang, Wan Mohd Faiz, 20, ketika itu berada di luar rumah untuk membuang sampah, sisa kebakaran dua hari lalu.
“Kebakaran itu pun puncanya daripada api misteri yang membakar kain di atas tong gas di dapur, selain tilam dan sofa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, keluarga mereka bercadang mengadakan solat hajat malam semalam untuk memohon keselamatan mereka daripada bencana terbabit.
“Malangnya belum sempat solat hajat diadakan, kejadian itu berulang kembali dan memusnahkan rumah kami.
KEDIAMAN yang musnah dalam kebakaran di Kampung Penambang Mas, Jalan PCB. FOTO Rosliza Mohamed
“Sebelum ini sudah puas kami berikhtiar dan memanggil ustaz memulihkan keadaan kerana tidak tahu mengapa api misteri ini tiba-tiba muncul,” katanya.
Sementara itu, mangsa yang tinggal bersebelahan rumah Wan Norfatiha, Zaki Mohamad, 46, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumahnya dan sempat meminta bantuan jiran menyelamatkan dua kereta Proton Wira dan Perodua Myvi serta motosikal Yamaha.
Katanya, seorang adiknya, Siti Aisyah, 26, pula berada di dalam bilik dan sempat menyelamatkan diri.
“Alhamdulillah kami sekeluarga terselamat. Cuma harta benda di dalam rumah saja yang gagal diselamatkan.
“Sebelum ini, saya memang sudah dimaklumkan keluarga mereka mengenai api misteri itu yang muncul secara tiba-tiba, namun tidak sangka ia mengakibatkan rumah kami musnah sepenuhnya.
“Apapun, saya bersyukur kerana tiada yang cedera,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 25 anggota termasuk pasukan bomba sukarela bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pengkalan Chepa serta Darulnaim ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.34 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata, sebaik tiba, sebuah rumah musnah manakala sebuah lagi terbakar 80 peratus dan seunit yang bersebelahan mereka terkena 20 peratus.
Menurutnya, pasukannya mengambil masa 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.
sumber: hmetro
..
Malu Punya Pasal. Ibu Bertindak Tikam & Sumbat Bayi Dalam Beg Berisi Simen Buat Ramai Rasa GERUN !
Malu Punya Pasal. Ibu Bertindak Tikam & Sumbat Bayi Dalam Beg Berisi Simen Buat Ramai Rasa GERUN !
Seorang bayi menjadi mangsa kerakusan seorang. Apakah yang menyebabkan seorang ibu bertindak sedemikian. Kejadian ini berlaku di Indonesia. Motif sangat menyeramkan. Kepada pembaca fikir banyak kali sebelum menekan cerita ini…
Malu Punya Pasal. Ibu Bertindak Tikam & Sumbat Bayi Dalam Beg Berisi Simen Buat Ramai Rasa GERUN !!! | Era Barus – Terlajak perahu boleh berundur,terlajak perbuatan buruk padah. Inilah tindakan seorang ibu yang sanggup melakukan perkara yang terkutuk ini.
Menyesal dahulu pendapat,menyesal kemudian tiada berguna,itulah kata yang tepat bagi seorang wanita yang membunuh bayi luar nikah hasil hubungan dengan seorang lelaki.
Kejadian ini berlaku di di jawa timur indonesia,suspek wanita berusia 24 tahun telah melakukan sesuatu yang tidak berhati perut dan sangat kejam.
Menurut info,wanita itu dikenali sebagai lisa disahkan mengadung selepas melakukan hubungan terlarang dengan teman lelakinya.
Lisa yang sebelum ini bekerja di pasar sara di surabaya balik kampung untuk menetap di rumah ibu saudaranya.
Selepas 9 bulan lisa akhirnya selamat melahirkan seorang bayi elaki di rumah ibu saudaranya itu pada rabu minggu lalu.
Menurut ketua polis Donny Adityawarman,ibu saudaranya tidak tahu bahwa lisa melahirkan anak dalam bilik air,wanita itu kemudian meminta gunting untuk memotong talit pusat bayi.
Akan tetapi,sebaik selesai memotong tali pusat,lisa bertindak menikam bayi itu di bagian perut dan dada sehingga menembusi paru paru
Tak cukup disitu,lisa kemudian menyumbat bayinya di dalam beg bercampur simen sebelum membuangnya di belakang rumah.
Tindakan kekejaman berkenan terbongkar selepas ibu saudaranya mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas ternampak darah di bilik air serta pakaian lisa.
Lebih menyedihkan lagi,jiran yang turut terdengar suara tangisan dan menjumpai bayi di dalam beg berisi simen itu masih hidup.
Jiran berkenan bergegas membawa bayi ke pusat perubatan namun bayi malang tersebut disahkan meningga dunia akibat kecederaan melampau.
Bagaimanapun kejadian berkenan dilaporkan kepada pihak polis,dan menangkap lisa tanpa sembarang pertanyaan dan siasatan lagi.
Polis berkata kes berkanan mempunyai cukup bukti dan,lisa di jerat dengan hukuman penjara 20 tahun.
Sumber : eberita

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments