Masalah parkir seperti double parking dan penyalahgunaan petak parkir OKU bukanlah perkara yang baru di Malaysia. Mentaliti retard yang dimiliki oleh ramai pemandu-pemandu di Malaysia ini menjadikan isu ini seperti tiada penyelasaian.
Terbaru, sebuah rakaman insiden pergaduhan di antara pemilik kenderaan dengan seorang penguatkuasa telah tersebar di laman media sosial.
Di dalam video tersebut, pemandu wanita itu dilihat menjadi berang setelah mendapati tayar kenderaannya dikunci oleh peguatkuasa itu.
Berikutan itu, tercetus pertengkaran kecil di mana pemandu wanita tersebut cuba mempertikaikan tindakan peguatkuasa tersebut kerana menurutnya tindakan itu adalah tidak wajar kerana pemandu wanita itu hanya meletakkan kenderaa seketika kerana mahu membeli makanan untuk suaminya.
Selain itu, wanita itu turut memberitahu peguatkuasa tersebut bahawa suaminya merupakan seorang OKU dan beliau sepatutnya diberikan sedikit kelonggaran memandangkan beliau keluar di atas urusan mahu membeli makanan untuk suaminya itu.
.
Insiden itu kemudiannya telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen di mana rata-ratanya mengecam tidakan pemandu wanita tersebut dan menyifatkan perbuatnannya itu seperti menegakkan benang yang basah.
Selain dikecam kerana meninggikan suara dan percubaan untuk memprovokasi peguatkuasa, netizen turut menyifatkan pemandu wanita itu tidak ubah seperti samseng kerana membawa pengunci stering ketika berlakunya pertengkaran itu.
Sumber: http://www.ohmymedia.cc