MAJLIS AKAD NIKAH UNDANG KESEDIHAN & NETIZEN SEBAK SELEPAS BAPA PENGANTIN MENINGGAL DUNIA

04:20


Majlis yang paling bersejarah dalam hidup setiap pengantin yang meraikan perkahwinan dengan penuh gembira, tetapi tidak kepada satu pasangan pengantin baru ini yang terpaksa berhadapan dengan qada dan qadar apabila bapa pengantin temui ajal sewaktu majlis akad nikah berakhir.



Pasangan pengantin baru itu telah kehilangan ayah yang disayangi selepas majlis akad nikah baru sahaja selesai. Situasi yang amat menyedihkan itu pasti meruntun hati sesiapa sahaja sekiranya berada di tempat mereka yang berdepan dengan satu kejutan yang begitu menyedihkan.

Walau bagaimana sekalipun ditangisi dengan air mata darah dan meraung sepuas hati, yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan dengan gelak tawa telah bertukar menjadi hiba. Yang pasti yang maha Esa lebih tahu segalanya dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian.



Kisah sedih ini telah dikongsikan oleh seorang jurugambar profesional yang dikenali sebagai Ayul Rahman dan menganggap apa yang dilaluinya ini adalah satu pengalaman yang berbeza sepanjang dia berkecimpung dalam dunia jurugambar.

“Saat akhir dapat tempahan untuk cover majlis nikah di Hospital Selayang. Majlis yang dipercepatkan atas sebab bapa kepada pengantin lelaki sedang sakit tenat.



“Sepanjang majlis berlangsung saya tidak dapat menahan air mata. Sebak gila. Selepas majlis selesai, kami dapat panggilan kecemasan daripada Doktor untuk segera ke bilik disebabkan bapa kepada pengantin lelaki tersebut, sedang nazak.



“Beberapa minit kemudian bapa pengantin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. A bitter sweet memory for both of the couple. Al-fatihah,”



Segelintir netizen turut meluah rasa pilu di hati mereka selepas berita ini yang telah dikongsikan Ayul Rahman di media sosial jadi tular yang turut menarik perhatian ramai meluahkan rasa simpati mereka terhadap pengantin berkenaan.
Semoga pasangan pengantin ini tabah menghadapi dugaan ini dan semoga semuanya dipermudahkan.

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments