Demi Dapat Anak, Siti Nurhaliza Lalui Proses Family Planning, Rela Berat Badan Naik Mendadak
Penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza kini selalu dikaitkan dengan berita kehamilan.
Melalui majalah InTrend, ada satu soalan mengenai berat badan Dato Siti Nurhaliza yang dikatakan mudah naik.
Siti Nurhaliza menjawab, dia sedang menjalani proses “famili planning” dan kerana itu berat badannya mudah naik.
Walaupun, berat naik mendadak, Siti Nurhaliza rela berkorban demi mendapatkan zuriat.
Ini komen dari Siti Nurhaliza: (InTrend)
“Saya tidak nafikan, sebagai seorang wanita yang sedang dalam melalui proses ‘family planning’, badan akan mengalami perubahan (berat badan naik) yang mendadak. Namun ini adalah harapan dan impian saya dan saya tidak boleh berhenti hanya kerana tidak mahu ‘berisi’. Walau bagaimanapun, itu tidak pula menjadikan alasan untuk saya tidak melakukan apa-apa.
“Pada masa yang sama, saya tetap bersenam. Saya dan suami akan ke gim setiap pagi dan meluangkan sekurang-kurangnya satu jam lebih di situ. Selain itu, saya juga mengambil makanan yang sihat. Jika rajin dan punya masa terluang, saya akan masak menu sihat saya sendiri atau pembantu akan sediakan.
“Sekarang ini saya mengamalkan vision body yang saya amalkan sejak akhir 2016. Saya juga telah dilantik menjadi dutanya. Ini adalah satu kaedah senaman yang menyihatkan, mudah dan yang paling bagusnya, sambil bersenam dengannya, saya boleh melakukan perkara lain pada masa yang sama. Pastinya ia tidak membosankan!
Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Siti Nurhaliza sedang hamil apabil ada ujian kehamilan dengan nama Siti Nurhaliza tersebar.
Namun sehingga kini tiada pengesahan dari pihak Siti Nurhaliza.