Dulu Suka Sangat Mengkritik, Sekarang Chef Wan Dah ‘Jatuh Cinta’ Dengan Dato Vida Pula?

21:42


Chef Wan sebelum ini sering dilihat mengkritik usahawan kosmetik Dato Seri Vida.

Apa yang terjadi sebenarnya? Adakah beliau mempunyai masalah peribadi dengan Vida yang sememangnya dilihat ‘outspoken’ dan tidak segan ketika beraksi di pentas?

Malah, tindakan Vida yang sering menunjuk kemewahan sebelum ini turut tidak disenangi oleh Chef Wan.

Memetik Mstar Online, Chef Wan berkata dia tidak menyimpan dendam atau masalah peribadi pun terhadap wanita berkenaan, apatah lagi berasa iri hati.



“Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida).

“Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak… dia nak juga,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Ini semuanya terbukti pada konsert pertama Gegar Vaganza 4 pada minggu lalu, keduanya saling mengusik semasa siaran langsung rancangan tersebut.

“Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

“Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!,” ujarnya bergurau.



Chef Wan juga tidak mahu lagi mengenang apa yang berlaku antara dirinya dengan Vida sebelum ini.

“Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.
“Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok
bermaafan… forgive and forget and look forward to the future,” katanya lagi.



Baguslah tu, tak baik kutuk orang sana sini kan. Lupakan perkara lalu dan cuba berbaik-baik demi kebaikan bersama. –

sumber

Lelaki Ini Sahut Cabaran Boy Iman Untuk Melawat Tapak Pembinaan Projek Rumah…Apa Yang Dia Nampak Sangat….

09:11


SEORANG lelaki yang difahamkan tinggal berdekatan salah satu tapak pembinaan rumah murah Boy Iman, menyahut cabaran bekas pelakon itu dengan melakukan “site visit” ke lokasi berkenaan.
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
Khairul Ezuan menerbitkan siaran langsung lawatannya ke lokasi itu di Jalan Tok Sulaiman, Jeram, Selangor menerusi laman Facebook miliknya.
Dari rakaman video tersebut kelihatan struktur binaan berbentuk empat segi dengan sedikit tinggalan longgokkan pasir, dan dipenuhi lalang di sekitar kawasan itu. Saling tak ubah seperti binaan terbengkalai.
“Macam mana dia boleh tunjukkan rumah dengan penuh lalang dekat sini, dan tak ada apa-apa nampak progres pembinaan dekat sini, macam rumah terbengkalai” kata Khairul Ezuan dalam rakaman itu.
Difahamkan Boy Iman telah mengutip duit daripada 200 orang dan mendakwa telah membina 100 rumah, namun apa yang menghairankan tapak yang kelihatan seperti binaan terbengkalai ini yang dijadikan rujukan kepada orang ramai.
“Dia (Boy Iman) kata dah collect (duit) dekat 200 orang, dia kata ada 100 tapak yang dia dah buat, tapi tapak ini juga yang dia pergi tunjuk,” katanya.
Bagaimanapun lantaran bimbang dituduh menceroboh, Khairul memilih untuk meninjau tapak berkenaan hanya dari kawasan luar.
Di bawah ini video siaran langsung berkenaan.
Sumber:milosuam

(34 GAMBAR) TAK TAU NAK PANGGIL KELONG KE RUMAH KE HOTEL ATAS LAUT . SIBUK MACAM MANA PUN TMJ BAWAK BABY TUNKU KHALSOM AMINAH SOFIAH KE SINI

04:59
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
TMJ yang kini semakin sibuk dengan tugasnya sebagai Tengku Mahkota Johor dan kini ditambah lagi beban tanggungjawab yang dipikul baginda sebagai Presiden FAM tetap mengutamakan keluarga baginda.
Baginda telah berkongsi dalam fanpage Johor Southern Tigers aktiviti bersantai antara baginda sekeluarga di sebuah tempat ekslusif di perairan Pulau Tinggi, Mersing, Johor..
Persekitaran alam yang sungguh tenang dan damai dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang melihat gambar TMJ sekeluarga dengan keindahan alam sekeliling dengan warna air laut yang biru.

Baginda berkongsi gambar sekitar sebuah rumah atas air yang begitu ekslusif dan mewah dengan seni bina yang sungguh unik.
Pulau Tinggi yang merupakan sebuah pulau tropika yang mempesonakan adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan diri dari dunia yang sibuk.
Terletak 20 batu nautika Tenggara Mersing di Pantai Timur Laut China Selatan, pulau ini terkenal dengan suasana santai dan kecantikan fizikal semata-mata. Walaupun ia adalah sebuah pulau terpencil dan hampir tidak disentuh, ia adalah mudah diakses.
Perjalanan untuk ke sini dari daratan Mersing mengambil masa lebih kurang30 minit perjalanan dengan kelajuan bot akan dari Jeti Tanjung Leman ke pulau tersebut.
Banyak terdapat dalam alam semula jadi, dari pantai yang bersih untuk membersihkan perairan biru, dan terumbu karang untuk hutan hujan yang subur, Pulau Tinggi adalah persekitaran yang ideal untuk percutian keluarga, percutian romantik atau percutian pengembaraan.
Pulau Tinggi juga mempunyai sebuah geografi menarik. Pertama, titik tertinggi, yang terletak di tengah-tengah pulau, berdiri 600 meter di atas paras laut.
Pulau ini juga terdiri daripada 8 pulau-pulau kecil yang lebih kecil yang sesuai untuk pulau-melompat, berenang dan snorkeling. pantainya yang panjang, yang dipenuhi dengan gua, adalah rumah kepada terumbu karang yang penuh dengan kehidupan laut, menjadikannya syurga untuk fotografi di bawah air. Diisytiharkan sebagai Taman Laut dilindungi, Pulau Tinggi juga menempatkan sebuah muzium, pusat penetasan penyu, serta sebuah perkampungan Melayu yang menawan.
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi
tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi

tmj dan tunku khalsom aminah sofiah pulau tinggi


kredit: Johor Southern Tigers page
BANYAK RUPA-RUPANYA JASA BELIAU. “KENAPA HAMID GURKHA TIDAK DIBERI GELARAN DATUK?”, NETIZEN TERTANYA-TANYA…

BANYAK RUPA-RUPANYA JASA BELIAU. “KENAPA HAMID GURKHA TIDAK DIBERI GELARAN DATUK?”, NETIZEN TERTANYA-TANYA…

00:44
JIKA disebut nama Abdul Hamid Abdul Rahman, pasti ramai yang tidak mengenali siapakah empunya pemilik nama itu.
Namun jika menyebut Hamid Gurkha, pasti secepat kilat fikiran dapat menangkap figura bertubuh kecil dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat.
Pelakon vetaran yang kini mencecah usia 85 tahun itu sememangnya sangat dikenali ramai ekoran lakonannya yang penuh jenaka dan sangat menghiburkan.
Malah tidak salah rasanya jika menggelar beliau antara ‘otai lawak’ paling berpengaruh di Malaysia.
Namun seperti yang diketahui umum, baru-baru ini beberapa penggiat seni tanah air telah menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.
Antara selebriti yang dimaksudkan adalah pelakon Eizlan Yusof atau Idris Md. Yusof yang menerima gelaran Datuk Seri.
Manakala pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.
Bukan ingin mempertikaikan namun apakah sumbangan besar kedua-dua pelakon ini dalam industri seni tanah air sehinggakan dianugerah darjah kebesaran berkenaan?
Jika dilihat dalam konteks mengharumkan industri seni, jujurnya skor yang boleh diberikan adalah ‘sedikit’ berbanding pelakon-pelakon vetaran yang telah lama berkecimpung dalam industri.
Dek kerana itulah, bagi kami antara individu yang lebih ‘berbaloi’ dan sepatutnya menerima darjah kebesaran berkenaan adalah insan seni bernama Hamid Gurkha.
Mungkin ramai yang tidak mempersetujui namun Hamid Gurkha atau lebih mesra dipanggil Pak Hamid ini sebenarnya masih bergiat aktif dalam bidang seni sehingga ke hari ini.
Antara filem-filem yang menjadikan beliau sering mendapat perhatian penonton adalah Main-Main Hantu, Sikit Punya Gila, Konstabel Mamat, Gila-Gila, Alamak Toyol, Jiwa Kacau dan Zombie Kampung Pisang.
Tahukah anda, ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun, bermula pada tahun 1950.
Menurut Pak Hamid, beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diserang 180 pengganas komunis.
Beliau yang pada ketika bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.
Sehinggalah ke hari ini setelah lebih 25 tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja memahami kesusahan dijajah orang luar.
Baik untuk negara, baik untuk seni, semua beliau dah buat.
Sumber : Forum CARI

SAH ! AKHIRNYA DATUK VIDA NEKAD BUAT TINDAKAN MENGEJUT PADA IQBAL LEPAS SIKAP ‘SEBENAR’ TERBONGKAR

21:15


Kita boleh lihat Iqbal ini seperti melebih-lebih dalam gossip ini sedangkan Datuk Vida cuma menganggap beliau tidak lebih dari seorang pekerja dan pembantu peribadinya.
Hinggakan ibunya sendiri di bawa ke dalam kontroversi ini. Mungkin disebabkan beliau masih baru dalam dunia hiburan, sebab itu nampak beria hendakkan popularitu.
Kontroversi cinta yang melanda jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman dengan pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya menemui penyelesaian.
Image result for vida dan iqbal
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengambil keputusan untuk memindahkan pembantunya itu ke jabatan pemasaran berkuatkuasa pada Khamis.
Kata Vida, isu yang terpalit antara dirinya dengan jejaka berusia 23 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu telah membuatkan maruah dan reputasi dirinya sebagai usahawan tercalar.
Desas-desus mengenai hubungan mereka mula diperkatakan pada minggu lalu apabila anak perempuan Vida, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 12, memuat naik paparan skrin gosip percintaan ibunya di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah tidak merestui hubungan tersebut.
Image result for vida dan iqbal
Gosip mengenai hubungan mereka dikuatkan lagi apabila sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa jejaka tersebut tidak menolak andai dijodohkan dengan Vida.
Ahmad Iqbal (kanan) merupakan pegawai media dan pembantu peribadi Vida sejak Jun lalu.
“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.
“Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Tambah Vida, pertukaran Ahmad Iqbal ke jabatan baharu tersebut bukan dipengaruhi oleh posting yang dimuat naik oleh anak perempuannya yang popular dengan nama panggilan Cik B.
Vida juga tidak menafikan berasa tersinggung apabila ada pihak yang beranggapan lelaki yang ingin mendampinginya tiada niat lain selain wang dan harta.
Image result for vida dan iqbal
“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.
“I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” katanya yang kini berada di Brunei atas urusan perniagaan.

Jom layan I Am Me…….

AMIK KAU!! TENGAH NUR SAJAT SERONOK MENYANYI, TERKELUAR SUARA “GARAU” ADUHAI MACAM MANA PULAK TUH.

07:49


Siapa tidak kenal dengan jutawan kosmetik Nur Sajat yang penuh dengan kontroversi. Fitnah apa sahaja, cakap apa sahaja, dia tetap dengan pendiriannya dan menjalani hari-hari biasa dengan penuh keceriaan.


Memang benar kata orang, jangan hirau apa orang kata, jadi diri sendiri dan hidup pasti rasa bahagia.
Jika dilihat dari sisi lainnya, Nur Sajat kelihatan seperti seorang yang lucu, comel dan juga bersahaja. Memang ramai yang mengecamnya kerana tidak putus asa mengatakan bahawa dia adalah seorang wanita tulin, walaupun banyak bukti mengatakan dia adalah seorang lelaki.
Baru-baru ini tular dimedia sosial sebuah video dimana Nur Sajat sedang menyanyikan sebuah lagu, dan dalam tidak sedar, terdengar suara seperti suara seorang lelaki.
Sudah pasti ramai netizen yang memberi komen negatif kepada beliau, dan seperti biasa juga dia akan tidak mengendahkannya.

Jom kita lihat video tersebut.
Sumber: Dharian.com via aliffchannel.com
Selepas DSV, Nur Sajat Bakal Keluar Single Duet Bersama Aliff Syukri
Selepas Datuk Seri Vida (DSV) muncul dengan single I Am Me, usahawan kosmetik, Nur Sajat bakal mengeluarkan single bersama Abang Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri.Sajat mengesahkan dirinya telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman untuk projek lagu duet bersama Aliff.”Saya menerima tawaran itu sebagai satu strategi pemasaran dalam perniagaan. Tawaran yang diterima ini sebagai satu peluang berharga untuk saya.
“Saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Cuma apa yang diinginkan adalah lagu itu harus kena dengan konsep dan jiwa saya,” kata Sajat kepada Harian Metro.
Tambah Sajat, dia menggemari genre lagu yang berentak rancak berbanding lagu balada atau tangkap leleh.

“Saya lebih menggemari lagu rancak. Saya juga bersedia untuk menghadiri kelas vokal sekiranya lagu itu sudah siap untuk dirakamkan.
“Saya tidaklah serius mahu terlibat dengan bidang muzik, tetapi saya anggap ini sebagai satu strategi pemasaran dan perniagaan.
“Saya tak mahu ulas lanjut lagi kerana masih belum ada perjanjian hitam putus. Apabila semuanya sudah ada kata putus, nantikan pengumuman lanjut dari saya,” katamya lagi.
Sumber: Harian Metro via pawervirall

Hancur Luluh Hati Suami Apabila Hanya Mampu Melihat Nabila Huda Terpaksa Diangkat Masuk Ambulan Untuk Ke Hospital

01:28


Beberapa hari lalu memang agak kecoh apabila Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28, Nabila Huda telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
Ini selepas Nabila Huda mengalami kesakitan pada bahagian pangkal paha.
“Hampir luruh jantung saya melihat Abil berada dalam kesakitan sehingga terpaksa dibawa naik ambulans.”
Itulah kata-kata Mohd Izwan Johar iaitu suami kepada pelakon, Nabila Huda yang amat risau dengan apa yang berlaku.
Izwan yang lebih mesra disapa Bert, berkata demikian ketika meluahkan kebimbangannya berhubung keadaan kesihatan isterinya apabila wanita itu meraung kesakitan pada bahagian kakinya.
Mohd Izwan menjelaskan, Nabila Huda bagaimanapun sudah selamat menjalani ujian imbasan MRI, selepas di masukkan ke hospital.
Namun, oleh kerana jadual kerja Nabila Huda yang amat padat, beliau belum berkesempatan berjumpa pakar bagi mengetahui punca penyakit dialami oleh isterinya itu.
Ini komen Bert lagi: (via Bharian)
“Semestinya saya risau melihat keadaan isteri dalam kesakitan, tambahan pula dia dibawa ke hospital menaiki ambulans. Buat masa ini, punca sakit belum dikenal pasti lagi.
“Nabil Huda baru saja menjalani ujian imbasan MRI, malam tadi, namun belum berkesempatan untuk berjumpa doktor pakar lagi. Insya Allah, isteri saya akan mendapat rawatan lanjut pada minggu hadapan.
“Buat masa ini, Nabila Huda terikat dengan penggambaran drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora, yang bakal habis tidak lama lagi. Selesai saja komitmen dengan drama itu, Abil akan menjalani rawatan lanjut”
Bert menjelaskan, kesakitan Abil pada pangkal pahanya itu berkemungkinan berpunca daripada kecederaan lalu, yang datang kembali selepas beberapa tahun.
Malah, pelakon itu juga dikatakan kurang rehat kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.
Semoga Nabila Huda akan cepat sembuh seperti sedia kala.

Sumber : ecaria.com