Restu ibu bapa sangat penting jika ingin mendirikan rumahtangga agar perkahwinan bahagia hingga ke akhir hayat dan tiada sengketa. Namun, timbul kisah seorang ibu mertua sanggup melihat perkahwinan anaknya hancur baru-baru ini di laman sosial.
Noor Nabilla Fattin, berkongsi kisah mengenai dirinya dianiaya oleh ibu mertuanya sendiri hingga dia tidak mampu menyelamatkan perkahwinannya bersama suami tersayang.
“Dulu Datin pernah kata yang anak Datin takkan bahagia kalau teruskan perkahwinan ni dengan saya. Ya betul tu saya setuju sebab takkan ada orang pun yang akan bahagia, kalau ada “IBU MERTUA” macam Datin ni,” luahnya.
“Tahniah sebab dah berjaya meruntuhkan pernikahan ni dua kali berturut dan mendoakan Ali gugur sejak dari dalam perut. Alhamdulillah dah 8 bulan dah Ali. Tahniah sebab Datin, saya terpaksa tinggal seorang diri dekat rumah sewa sepanjang saya mengandung,” tulisnya.
“Lagi satu, kirim salam pada ustaz ustaz yang datin gunakan utk bagitahu yang saya ni ada sihir anak datin sampai meroyan ingat saya,” katanya terhadap dakwaan bekas ibu mertua terhadap dirinya yang dikatakan menyihir suaminya.
Melalui perbualan antara bekas ibu mertua bersama bekas suaminya di telefon bimbit jelas menunjukkan dia mahu anaknya duduk bersamanya kerana khuatir jika anaknya diapa-apakan.
“Saya tak maafkan atas apa yang Datin buat pada saya dan anak. Saya doakan datin panjang umur, tak tercabut nyawa dari badan, selagi datin tak minta maaf pada Sayf Ali,” kata Nabilla.
Namun dalam masa yang sama, pasti ramai yang tertanya apakah sebenarnya yang berlaku di sebelah pihak lagi. Tidak mahu terus terjun kepada menilai salah orang lain, semoga perkara yang berlaku dapat disudahkan dengan positif.
Sumber FB Noor Nabilla Fattin