sumber : Facebook Daily Traffic Report
Seorang budak lelaki berusia 10 tahun disyaki didera oleh bapanya ditemui pengsan di kawasan berhampiran tong gas dengan lehernya diikat dengan rantai.
Memetik laporan laman facebook Daily Traffic Report, kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang itu terbongkar hasil aduan orang awam yang membuat laporan polis pada Khamis lalu sekitar jam 9.45 pagi.
Sebaik saja polis tiba di rumah tersebut, polis terpaksa memecah masuk ke rumah itu setelah beberapa kali mengetuk pintu rumah dan tidak berjawab. Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Difahamkan, ini bukan kali pertama mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik didera oleh bapanya yang dikenali sebagai Mohd Farid Fikri.
Sebelum ini bapa mangsa memaklumkan kepada pihak polis, dia terpaksa menghukum anaknya dengan cara seperti itu berikutan anaknya sering ponteng sekolah.
sumber : Facebook Daily Traffic Report
Setakat ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan polis juga masih dalam proses menjalankan siasatan kes penderaan tersebut.
Dalam pada itu, memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini di Lokap Balai Polis Kuantan manakala ibunya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.- CARI