Adakah mereka wajar ditangkap atas khidmat pertolongan membantu rakyat yang tertindas. Nampak wajah amat kesal di air muka Yusuf Azmi dalam sesi LIVE FACEBOOK apabila ditanya kenapa PDRM mengarahkan beliau dan Abang Ali untuk serah diri di IPD Kajang atas kes AGR tengah tahun 2017.
Berikut adalah info yang disebarkan sehingga VIRAL
23 Okt – Kami baru menerima maklumat bahawa Yusuf Azmi & Abang Ali dipanggil untuk serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk ditahan dan didakwa esok berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.
Kami difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal. Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapakah tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya walaupun ratusan laporan polis serta ratusan aduan yang PPIM terima tetapi tindakan hanya diambil ke atas PPIM.
Kami memohon sokongan dan doa dari semua agar segala urusan dipermudahkan. Kepada yang ingin memberi sokongan, sila berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang jam 7.45 pagi esok.
07.30 AM
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)
Berkumpul Di Hadapan Ibu Pejabat Daerah Kajang
IPD Kajang, (Jalan Cheras, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)
08.57 AM
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang
Bergerak Ke Kompleks Mahkamah Kajang
09.00 AM
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)
Berkumpul Di Hadapan Kompleks Mahkamah Kajang
Kompleks Mahkamah Kajang (Jalan Cempaka Kuning, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia)
Gambar ketibaan YUSUF AZMI dan ABANG ALI di perkarangan IPD Kajang pagi 24hb October 2017.
Dibawah adalah pautan sesi rakaman sebelum dan selepas Yusuf Azmi dan Abang Ali ditahan.
Ini adalah punca mereka ditahan, berkenaan dengan KES AGR. Ini adalah FAKTA KES
Julai lalu, sebanyak 150 buah kenderaan telah berjaya dikeluarkan semasa serbuan Unit Tindakan Khas PPIM ke Premis AGR Trade Sdn Bhd yang terletak di Kajang. Malahan sebanyak 200 aduan telah diterima berhubung penipuan yang telah dilakukan syarikat terbabit terhadap lebih 1500 mangsa.
Namun tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap pemilik syarikat terbabit yang dikenali sebagai ‘Kabi’ yang dilihat seolah-olah ‘kebal’ sehingga pihak yang cuba membantu pengguna pula yang ditahan dan dituduh menceroboh.
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Pegawai Unit Tindakan Khas PPIM, Abang Ali masih lagi berada di dalam IPD Kajang bagi memberikan kenyataan. Kami akan terus membawakan perkembangan terkini dari masa ke masa.
Kami berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Yusuf Azmi dan Abang Ali, mereka berjuang untuk membantu rakyat dan hanya kerana Allah SWT. Ini adalah tanggungjawab sebagai seorang insan.
Kami berdoa agar mereka dipermudahkan, insyallah
Edited: GedebakViral
Sumber: FB Yusuf Azmi / FB PPIM