SEORANG lelaki yang difahamkan tinggal berdekatan salah satu tapak pembinaan rumah murah Boy Iman, menyahut cabaran bekas pelakon itu dengan melakukan “site visit” ke lokasi berkenaan.
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
Khairul Ezuan menerbitkan siaran langsung lawatannya ke lokasi itu di Jalan Tok Sulaiman, Jeram, Selangor menerusi laman Facebook miliknya.
Dari rakaman video tersebut kelihatan struktur binaan berbentuk empat segi dengan sedikit tinggalan longgokkan pasir, dan dipenuhi lalang di sekitar kawasan itu. Saling tak ubah seperti binaan terbengkalai.
“Macam mana dia boleh tunjukkan rumah dengan penuh lalang dekat sini, dan tak ada apa-apa nampak progres pembinaan dekat sini, macam rumah terbengkalai” kata Khairul Ezuan dalam rakaman itu.
Difahamkan Boy Iman telah mengutip duit daripada 200 orang dan mendakwa telah membina 100 rumah, namun apa yang menghairankan tapak yang kelihatan seperti binaan terbengkalai ini yang dijadikan rujukan kepada orang ramai.
“Dia (Boy Iman) kata dah collect (duit) dekat 200 orang, dia kata ada 100 tapak yang dia dah buat, tapi tapak ini juga yang dia pergi tunjuk,” katanya.
Bagaimanapun lantaran bimbang dituduh menceroboh, Khairul memilih untuk meninjau tapak berkenaan hanya dari kawasan luar.
Di bawah ini video siaran langsung berkenaan.
Sumber:milosuam