“Saya sedia beri kerjasama sekiranya Erra mahu bertemu saya. Saya tiada masalah untuk menunjukkan bukti perbualan saya dengan Shahir.

08:09

Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untuk bersemuka dengan Erra Fazira bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku diatara dia dengan salah satu finalis AF Megastar, Shahir.
“Saya sedia bersemuka dengan Erra bagi menjelaskan perkara yang berlaku antara saya dan Shahir.
Menurut laporan Harian Metro, Mimi berkata, dia berani untuk bersemuka dengan Erra fazira yang merupakan kekasih Shahir supaya tidak dituduh sengaja mereka-reka cerita seperti yang didakwa netizen selepas kisah mereka tular.
“Saya sedia beri kerjasama sekiranya Erra mahu bertemu saya. Saya tiada masalah untuk menunjukkan bukti perbualan saya dengan Shahir.
“Lagipun saya tidak suka netizen menuduh saya sengaja mengada-adakan cerita. Saya dan Shahir memang berkawan, bukan peminat atau penyokongnya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini,” katannya.
Mimi yang juga merupakan seorang pramugari ini berharap isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Saya harap Shahir tampil meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Saya tidak mahu isu yang berlaku ini menjejaskan nama dan kerjaya saya.
“Lagipun antara saya dan Shahir hanya kawan. Saya juga baru mengenali seseorang dan kami baru saja berpasangan. Mujur saya sudah menceritakan perkara ini terlebih awal sebelum gambar saya dan Shahir menjadi tular,” katanya.
Dipercayai, teman lelaki baru Mimi ialah pemain bola sepak pasukan Terengganu iaitu Mohd Ridzuan yang baru dikenalinya.

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments