Setiap Kali Membeli Korang Kena Check Resit!! Peniaga Rampas Resit Selepas Kantoi Tipu Tanda Harga [video]

09:59
PELBAGAI kaedah orang mengaut keuntungan dengan cara menipu. Salah satu cara yang dikesan ialah dengan meletak harga murah pada barang yang dijual, tapi apabila pengguna membayar di kaunter, harga yang dikenakan lebih tinggi daripada harga yang dipamerkan.

Dalam kejadian yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Oktober 2017— Seorang wanita bernama Puan Hasimah telah pergi ke sebuah kedai runcit bernama "Never Close Mini Mart" yang terletak di Api-Api Centre.



Puan Hasimah mengambil sebungkus minyak masak yang dipamerkan dengan harga RM2.50. Namun apabila membayar di kaunter harga yang dikenakan untuk barang tersebut lebih tinggi iaitu RM3.00.

Resit pembelian yang diserahkan kepadanya juga menunjukkan harga RM3.00 untuk minyak masak tersebut, Walaupun harga yang dipamerkan RM2.50.



Beliau pun mempersoalkan perbezaan itu kepada peniaga berkenaan. Peniaga yang "kantoi busuk" itu serta merta mahu memulangkan kembali RM3.00 dan meminta resit yang diberi dipulangkan semula.

Apabila Puan Hasimah kata "tak mahu," peniaga itu bertindak agresif merampas resit tersebut dari tangannya. Mujur ada rakaman video kejadian berkenaan.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan sila klik button play untuk menonton.


*** Kalau kita lihat baik-baik, muka peniaga ni pun nampak macam bukan orang tempatan ***


Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments