Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan sebelum ini mendedahkan kegiatan perjudian haram dan aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi sembilan ketua digelar ‘dragon’ yang mengutip RM5 bilion sebulan.
Menurutnya, sindiket itu mengancam menyerang PPIM bila-bila masa selepas pendedahan berkenaan.
“Saya akui antara kandungan mesej diterima, mengatakan PPIM perlu ‘diajar’ selepas mendedahkan kegiatan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Dalam Negeri meminta PPIM mengemukakan bukti dakwaan berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini membuat laporan polis. Saya bimbang keselamatan mereka jika benar dakwaan itu,” katanya .
Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi penguat kuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Pada sidang media hari ini, Nadzim berkata, pihaknya akan memberi maklumat dan bukti berhubung kegiatan kumpulan besar itu kepada polis Bukit Aman minggu depan.
Menurutnya, ancaman itu tidak menggusarkan PPIM kerana pihaknya yakin pihak berkuasa serta rakyat bersama-sama mereka membanteras kegiatan itu.
“Saya tidak menyesal mendedahkan hal ini kerana aktiviti perjudian ini menyebabkan kepincangan dalam masyarakat dan institusi kekeluargaan.
“Berdasarkan tinjauan Kementerian Wilayah Persekutuan, jumlah pusat perjudian meningkat daripada 600 kepada 3,000 di Lembah Klang dalam tempoh dua tahun,” katanya,
Semua ini berlaku selepas PPIM membuat kenyataan untuk membongkar siapakah dalam golongan kumpulan yang digelar 9 Dragon.
“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.
Sejak nama mereka didedahkan, banyak pusat pusat judi di ibu negara nampak telah tutup. Pihak PDRM telah giat untuk membanteras gejala pusat judi ini dengan lebih keras
“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.
Berikut adalah rakaman mengenai 9 Dragon yang dijelaskan oleh To’Ki PPIM.
Berikut adalah rakaman penuh…