Abang Pos Laju Ni KENA LANGGAR Kereta. Tindakan PERTAMA Dia Buat ramai yang MENANGIS… TABIK SPRING kat abang Posman ni.. Sikap Yang Perlu Kita Contohi!

10:17
Apa saja yang berlaku, saya akan pastikan barang pelanggan sampai ke tangan mereka tidak kira saya kemalangan atau pun terpaksa bekerja sehingga waktu malam.”
Itu prinsip kerja yang diterapkan Mohd Nazli Mohd Idris, 32, dalam dirinya sejak lima tahun bekerja dengan Pos Laju Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Gambar Mohd Nazli yang cedera akibat kemalangan namun masih memegang erat barangan pelanggan menjadi viral di laman sosial.
Paling menyentuh hati, gambar Mohd Nazli memegang telefon bimbit membuat panggilan kepada pelanggan walaupun dalam keadaan kesakitan, turut dikongsi di laman sosial.
“Sebelum itu ada seorang pelanggan iaitu seorang guru menelefon saya memberitahu yang barangan dia mesti dihantar hari berkenaan kerana perlu digunakan segera.
“Jadi saya meminta dia datang ke tempat saya kemalangan untuk mengambil barang itu dan dia datang ucapkan terima kasih kepada saya,” katanya.
Kemalangan di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 4 petang semalam membabitkan kereta dipandu lelaki dan menyebabkan Mohd Nazli cedera di siku, pinggang, lutut, bahu dan belakang badan.
“Masa kejadian itu saya lihat di cermin sisi kereta berkenaan yang dipandu laju dan memotong kenderaan di belakang, tiba-tiba merempuh motosikal saya.
“Akibat perlanggaran itu, saya terjatuh dan terseret 2 meter serta barangan yang saya bawa dalam tong pos itu tercampak ke tengah jalan.
“Saya duduk di tepi jalan, bersandar pada motosikal dan rasa seperti nak pitam. Saya gagahkan diri kutip semua barangan itu kerana ia sememangnya barangan penting melibatkan kad kredit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia perlu menjaga barangan itu kerana ia sudah diamanahkan kepadanya.
“Saya takut ada ‘penyangak’ ambil barang dan bukan membantu saya keti

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments