“Bagi Wang Atau Saya Sebar Gambar Peribadi Ehemm-ehemm” – Feeya Iskandar

09:27

Feeya Iskandar mendedahkan dia telah diugut oleh seseorang dan telah membuat laporan polis.
Penyampai radio Sinar FM itu terkejut apabila menerima e-mel ugutan yang dipercayai daripada penggodam dari Indonesia hari pada Rabu lalu.
Feeya berkata penggodam itu meminta dia membuat pemindahan wang sebanyak RM10 ribu dalam masa 24 jam.
Sekiranya tuntutan tidak dilayan, iindividu itu akan menyebarkan koleksi gambar peribadi Feeya yang boleh didapati dengan menggodam handphone milik Feeya Iskandar,
Ini pendedahan Feeya Iskandar:
“Saya terkejut bila dapat e-mel pengodam Indonesia yang minta saya pindahkan duit sebanyak RM10 ribu menerusi akaun bitcoin dalam masa 24 jam.
“Kalau tak buat pemindahan itu, dia ugut akan sebarkan gambar peribadi saya yang dia dapat dengan mengodam telefon bimbit saya,”
Takut dengan ugutan tersebut, Feeya Iskandar telah membuat laporan polis
Menurut Feeya lagi, pada mulanya dia membiarkan sahaja e-mel tersebut kerana beranggapan perkara tersebut tidak serius.
Bagaimanapun, dia menerima e-mel dan ugutan yang sama pada keesokkan hari.
Bimbang dengan keselamatan dia telah membuat laporan polis.
Ini dedah Feeya lagi:
“Pada mulanya saya tak ambil serius sangat perkara ini dan hanya membiarkan sahaja ugutan tersebut.
“Tapi keesokkan hari dan waktu yang sama, saya terima lagi e-mel ugutan yang sama.
“Sebabkan risau dengan keselamatan saya terus buat laporan polis dan kini mereka sedang menyiasat kes tersebut,”
“Saya nasihat agar jangan mudah bagi maklumat peribadi kita kepada orang yang sebarangan. Sebab kita tak tahu apa niat orang itu.
“Sekarang ini macam-macam orang boleh buat sebab nak cepat kaya,”
Dalam pada itu, Feeya menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada pihak sebarangan.
Feeya Iskandar telah berkongsi pengalamannya itu di laman Ig dengan menghentam orang yang suka buat duit cepat di atas kesusahan orang lain.
Sumber:https://celebz.news/10072/bagi-wang-atau-saya-sebar-gambar
Jom Share...

Artikel Terkait

Next Article
« Prev Post
Previous Article
Next Post »
Penulisan markup di komentar
  • Untuk menulis huruf bold gunakan <strong></strong> atau <b></b>.
  • Untuk menulis huruf italic gunakan <em></em> atau <i></i>.
  • Untuk menulis huruf underline gunakan <u></u>.
  • Untuk menulis huruf strikethrought gunakan <strike></strike>.
  • Untuk menulis kode HTML gunakan <code></code> atau <pre></pre> atau <pre><code></code></pre>, dan silakan parse kode pada kotak parser di bawah ini.

Disqus
Tambahkan komentar Anda

No comments